4 cara mudah mereka LOGO anda tanpa membayar ratusan ringgit

Cara Mereka Logo Anda

Anda mempunyai sebuah syarikat? Atau baru saja buka syarikat baru? Dan anda bercadang untuk mereka logo yang professional untuk syarikat anda setelah membaca artikal ini di mana sebuah professor mengatakan:

Your logo is how people recognise you, and it helps express how you’re different from your rivals.

Professor Robert Jones, 2015

Anda inginkan logo yang professional yang akan dikenali oleh semua orang ala-ala seperti logo syarikat Apple, Adidas dan Fedex.

Dengan penuh semangat, anda google syarikat-syarikat yang memberi khidmat mereka logo. Tetapi semangat anda hilang apabila mendapat quotation ratusan ringgit (malahan ada yang mencecah ribuan ringgit) daripada syarikat-syarikat ini.

Lagi teruk lagi bila anda terbaca kes logo Kuala Lumpur yang berharga RM15,000!!

Anda tertanya-tanya ada tak cara untuk mendapatkan logo professional yang murah. Atau anda harus berbelanja besar untuk logo syarikat baru anda?

Syarikat baru mempunyai budget kecil

Seperti mana-mana syarikat baru, budget yang ada sememangnya kecil dan harus digunakan untuk perkara yang lebih manfaat.

Jadi patutkah syarikat anda bergerak tanpa sembarang logo untuk sementara waktu untuk jimat kos?

Sememangnya TIDAK!

Kalau tidak, mcm mana caranya?

Dalam artikal ini, saya akan tunjukkan beberapa cara untuk anda mendapat logo yang professional dengan harga yang murah.

Di akhir artikal ini, saya juga akan berkongsi cara anda boleh mendapat khidmat rekaan logo professional secara percuma.

Baiklah mari kita mulakan…

Cara 1: Gunakan khidmat lelaman mereka logo automatik

Mereka Logo Menggunakan GraphicSprings

Di internet sekarang sudah ada banyak lelaman yang membolehkan anda mereka logo anda dengan mudah. Lelaman sebegini mempunyai beratus-ratus logo template yang anda boleh gunakan untuk sesuaikan dengan syarikat anda.

Kemudian setelah anda berpuas hati dengan logo yang anda pilih, anda hanya perlu membayar dan logo itu akan dihantar ke emel anda serta-merta.

Harga bagi khidmat sebegini bermula daripada RM50 hingga RM150.

Cara sebegini sesuai jika anda:

  1. mempunyai budget yang kecil
  2. ingin mereka logo dengan cepat
  3. tidak memerlukan logo yang 100% unik

Di antara lelaman yang memberikan khidmat sebegini adalah:

Cara 2: Menggunakan khidmat Fiverr

Mereka Logo Menggunakan Fiverr

Fiverr merupakan lelaman yang membolehkan sesiapa sahaja menjual khidmat mereka dengan harga US$5. Bermakna sebagai pelanggan, anda boleh mendapatkan pelbagai macam perkhidmatan dengan harga RM20+.

Khidmat-khidmat yang tersedia ada di Fiverr termasuk menyunting video, melukis dan juga mereka logo.

Cara ini sesuai untuk anda jika:

  1. Anda ingin logo yang murah
  2. Anda mempunyai masa untuk mencari freelancer yang sesuai
  3. Anda sanggup mengambil risiko logo yang terhasil kurang professional

Kebelakangan ini, Fiverr mendapat reputasi sebagai lelaman yang mempunyai ramai freelancer yang kurang kemahiran. Lantas tidak hairan jika logo yang dihasilkan oleh sesetengah freelancer kurang berkualiti. Oleh itu, anda harus meluangkan masa mencari freelancer yang terbaik supaya anda tidak kecewa.

Cara 3: Mereka Logo sendiri menggunakan Canva

Mereka Logo Menggunakan Canva

Jika anda merupakan seorang yang kreatif dan yakin anda mampu menghasilkan logo anda sendiri dengan sedikit bantuan, anda boleh mempertimbangkan menggunakan Canva untuk mereka logo anda.

Canva adalah sebuah lelaman yang SANGAT berguna untuk menghasilkan grafik-grafik termasuk logo. Canva sangat mudah untuk digunakan dan terdapat banyak tutorial yang telah dihasilkan di Youtube.

Tambahan lagi, canva mempunyai banyak template icon, illustration dan text template yang boleh membantu anda menghasilkan logo yang kelihatan professional.

Selain daripada Canva, anda juga boleh menggunakan lelaman serupa seperti Picmonkey dan Pixlr Editor.

Cara 4: Mendapatkan khidmat freelancer yang anda kenali

Di zaman ini, dengan adanya media sosial yang meluas, saya pasti anda pasti kenali beberapa kenalan yang boleh mereka logo. Mengapa tidak gunakan kenalan anda itu?

Hubungi kenalan anda itu dan anda boleh berunding supaya kedua-dua pihak setuju dengan kerjasama itu.

Kos untuk khidmat sebegini boleh bermula serendah secawan kopi bagi kenalan yang rapat atau RM100 bagi kenalan yang jauh.

Mendapat khidmat rekaan logo anda secara PERCUMA!

Seperti yang telah dijanjikan, anda boleh mendapat khidmat rekaan logo anda secara percuma.

Anda hanya perlu melakukan langkah-langkah berikut:

  1. ‘Like’ Facebook Page kami – The Usahawan
  2. Anda perlu share Facebook page kami
  3. Anda perlu post artikal ini di Facebook anda
  4. Setelah itu, emel kami di admin@theusahawan.com dengan subjek ‘Logo Percuma’

Khidmat percuma ini hanya diberikan kepada 50 pelanggan pertama sahaja. Cepat like dan share jika anda inginkan khidmat logo professional secara percuma!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *