Ads Percuma Untuk Business Anda

Ads Percuma Untuk Business Anda

Ads Percuma Untuk Business Anda

Memang tidak boleh dinafikan yang dengan adanya bajet tinggi untuk ads, besar kemungkinan produk atau servis yang ditawarkan akan sampai ke lebih ramai targeted audience dengan cepat. Namun bagi yang tidak mempunyai bajet yg tinggi, jangan putus asa. Terdapat beberapa cara untuk memasarkan produk atau servis anda dengan percuma. Yang penting adalah usaha yang gigih dan rajin membuat posting2 yang menarik.

Contohnya, dalam post ini, produk yang ditawarkan adalah jersi bola sepak.

Forum

Cari subsection forum yang sesuai. Contohnya, jika anda menjual jersi bola, anda boleh memasarkan produk anda di forum yang berbincang tentang perlawanan bola sepak seperti EPL, Mleague dan lain2. Cara ini sangat berkesan kerana anda boleh fokus kepada targeted audience iaitu peminat bola sepak.

Social Media

Menggunakan Facebook

Invite rakan-rakan anda ke Page anda. Mungkin ada rakan-rakan anda yang minat dengan produk atau servis anda. Dengan ini, anda boleh mendapat FREE Likes. Dengan adanya Likes di Page anda, ini menambahkan kredibiliti Page anda. Kredibiliti penting untuk membuat buyer rasa selesa untuk membeli barang anda secara online.

Jangan asyik-asyik post jersi dan harga sahaja. Naik bosan follower anda. Cuba berikan FREE content yang menarik seperti jadual bola yang boleh diSAVE di dalam HP.

Adakan poll seperti ‘LIKE jika ATM akan menang. KOMEN jika Terengganu akan menang’. Kemudian #hashtag team kedua2 ni. Ramai yang akan menyertai poll ini.

Sekali-sekala tulis artikel yang menarik seperti ‘Mengapa Danny Guiza ke JDT?’, ‘Mengapa Baihakki ke seberang tambak’. Infonya ada di google. Pandai-pandai carik aje la ye.

Menggunakan Instagram

Add followers secara manual. Pergi ke IG yang berkaitan dengan bola sepak Malaysia. Mleague ke, Meme Bola Malaysia dll dan copy followers secara manual. Harus konsisten. Kalau add 50 orang setiap hari, besar kemungkinan hanya 10 yang follow back. Kalau satu hari 10, sebulan da 300 followers! 3 bulan lebih da 1000 followers.

Dapatkan lebih banyak tips-tips Instagram di post ini.

Ada lagi beberapa cara untuk memasarkan servis atau produk anda dengan percuma. Sila KOMEN di bawah dan share artikel ini dengan rakan-rakan. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *