AirAsia Ezpay: Review Terperinci Tentang Kad Ini

AirAsia EZPay

Ramai yang pernah mendengar Airasia ezpay, namun ramai yang masih kurang faham apa tu airsia ezpay dan kegunaannya. Kegunaan servis ini lebih kurang seperti Touch n Go. Anda perlu top up atau isi semula dalam kad dengan duit anda sendiri. Kemudian anda boleh guna atau belanja dengan  perkhidmatan airasia ezpay melalui kad yang diberikan kepada anda. Ianya mudah dan senang di gunakan pada setiap masa dan di mana jua anda berada terutama sekali kalau anda ingin meniaga secara online.

AirAsia Ezpay Review

Apa itu AirAsia Ezpay?

AirAsia ezpay telah diperkenalkan oleh Big Pay Malaysia Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai TPaay Asia Sdn Bhd. Perkhidmatan ini diperkenalkan untuk memudahkan kita buat pembayaran secara prepaid dengan mudah. Ianya direka untuk digunakan melalui internet. Tambahan pula, perkhidmatan AirAsia ezpay ini mudahkan kita buat perbelanjaan di luar negara. Pelanggan yang sudah daftar sebagai ahli AirAsia ezpay akan diberikan kad AirAsia Ezpay Passport atau virtual kad dikenali sebagai AirAsia Ezpay Virtual Card yang boleh disimpan dalam telefon bimbit. AirAsia Ezpay Passport merupakan kad seperti kad plastic atau kad bank yang biasa anda lihat. Manakala AirAsia Ezpay Virtual Card adalah gambar atau imej kad virtual yang disimpan dalam telefon pintar anda.

Servis ini menawarkan beberapa kelebihan kepada penggunannya seperti:

  • Kemudahan dalam menguruskan akaun secara online. Kita boleh lihat baki dan transaksi kewangan anda melalui portal rasmi AirAsia ezpay.
  • Tiada caj tambahan yang dikenakan kepada pengguna.
  • Anda akan mendapatkan manfaat dan kelebihan apabila anda buat tempahan tiket penerbangan melalui website rasmi AirAsia.
  • Setiap transaksi yang berlaku adalah selamat. Activation code akan dihantar melalui mesej kepada anda sebagai bukti dan pengesahan bagi setiap transaksi yang anda buat

Kelebihan penggunaan AirAsia Ezpay

Penggunaan wang tunai di luar negara tanpa batasan

Perkhidmatan ini beri kemudahan yang kepada anda yang sering kali ke luar negara bagi urusan pekerjaan atau melancong. Apabila anda di luar negara, pasti anda perlukan duit yang cukup untuk tampung perbelanjaan anda di sana. Ezpay ini membolehkan anda berbelanja dengan mudah dan selamat. Anda hanya perlu membawa kad atau virtual kad yang ada dalam telefon pintar untuk buat pembayaran.

Enam mata wang dalam satu kad

Melalui AirAsia ezpay passport atau kad juga membolehkan anda berbelanja dengan enam jenis mata wang negara yang berbeza dalam satu kad. Ini memberi kemudahan kepada anda yang selalu berjalan atau bergerak dari satu negara ke negara yang lain. Mata wang yang boleh digunakan dalam kad ini adalah RM (Ringgit Malaysia), USD (US Dollar), EUR (Euro), GBP (British Pound), AUD (Australia Dollar) dan SGD (Singapore Dollar). Anda hanya perlu lock in atau kunci mata wang yang anda mahu dan buat perbelanjaan seperti biasa. Di mana sahaja anda berada, kad ini akan tahu mata wang yang tepat untuk digunakan. Seronok kan?

Bukan itu sahaja, kadar pertukaran setiap matawang juga amatlah besar. Anda juga tidak akan dikenakan caj tambahan bagi setiap pertukaran mata wang. Untuk pastikan kadar pertukaran mata wang yang anda lakukan, anda boleh gunakan currencies converter. Anda juga boleh lihat baki dan awasi transaksi tukaran wang. Anda juga boleh keluarkan wang tunai di mana mana ATM. Dengan servis ini, anda boleh berbelanja dimana mana mengikut mata wang tempat yang anda pergi.

Mudah dan selamat

AirAsia ezpay juga menawarkan perkhidmatan yang mudah dan selamat kepada anda. Setiap transaksi yang berlaku akan dihantar kod pengesahan atau activation code melalui SMS ke telefon pintar anda. Pastikan nombor telefon yang di daftar kepada airasia ezpay aktif dan masih digunakan. Kod ini juga berfungsi sebagai pengesahan transaksi atau pembayaran yang dibuat melalui akaun anda. Jika berlaku sebarang transaksi yang bukan dibuat oleh anda, anda boleh tahu tentang perkara tersebut.

Sekiranya berlaku masalah pada kad seperti kecurian dan kerosakan, anda perlu sekat atau matikan kad tersebut. Kemudian, kad yang baru akan diberikan kepada anda. Perlu diingat, wang yang terdapat pada kad anda tidak akan terikat dengan apa apa buku bank, kad kredit dan kad debit. Anda perlu sentiasa pantau duit tersebut dan sentiasa alert dengan mesej yang sampai kepada anda. Hal ini penting untuk menjamin keselamatan akaun anda dan elakkan sebarang penipuan atau aktiviti scammer.  Selain itu, anda boleh tambah nilai atau top up mengikut jumlah duit yang anda mahu. Transaksi ini boleh dibuat secara atas talian atau online.

Tiada caj pemprosesan

Melalui AirAsia ezpay juga, anda tidak akan dikenakan caj pemprosesan tambahan bagi setiap transaksi. Kelebihan ini akan di nikmati apabila anda buat tempahan penerbangan dengan AirAsia melalui AirAsia ezpay Card di laman web airasia.com. Manfaat ini akan beri penjimatan yang banyak kepada anda terutamanya kepada mereka yang kerap ke luar negara. Antara rebat atau kelebihan yang bakal anda dapat adalah:

  • Potongan RM2 untuk setiap tempahan makanan yang awal dibuat.
  • Anda juga akan diberikan keutamaan dalam tempahan yang dibuat ketika AirAsia sedang buat sebarang promosi atau diskaun.
  • Anda juga akan diberi potongan sebanyak RM2 untuk setiap tempahan awal bagi beg atau baggage.
  • Keutamaan akan diberikan kepada anda bagi setiap promosi yang dibuat oleh AirAsia.

Tambah nilai yang mudah

Untuk tambah nilai kad airasia ezpay, anda boleh buat melalui online banking seperti berikut:

Pendaftaran yang mudah

Bagi anda yang masih belum mempunyai kad AirAsia ezpay, jangan bimbang kerana anda boleh dapatkan kad ini pendaftaran yang mudah. Anda tidak perlu sediakan sebarang penyata mengenai pendapatan anda atau sebarang dokumen. Hanya buat permohonan dan pengesahan akaun akan diberikan kepada anda.

Kesimpulannya tentang AirAsia EzPay

Secara kesimpulannya, AirAsia ezpay merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan kita semua. Anda hanya perlu daftar, buat permohonan dan tambah nilai kad anda melalui online banking. Seterusnya, anda boleh guna dimana mana sahaja sama ada dalam dan luar negara. Perkhidmatan ini merupakan salah satu servis bayaran secara prepaid di mana duit tersebut adalah daripada simpanan anda sendiri. Medium ini memudahkan proses perbelanjaan anda di samping tawarkan pelbagai rebat dan manfaat kepada penggunanya terutama mereka yang kerap melancong atau ke luar negara. Bagi anda yang berminat memiliki kad AirAsia ezpay, anda boleh pergi ke website rasmi AirAsia Ezpay untuk dapatkan maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *