Bagaimana Anda Boleh Buat Duit Dengan Aplikasi Telefon Pintar?

buat duit dengan aplikasi telefon pintar

Buat Duit Dengan Aplikasi Telefon Pintar

Selari dengan kemajuan teknologi, penciptaan aplikasi telefon bimbit juga semakin bertambah dalam kedua-dua platform Android dan Apple. Sebahagian daripada aplikasi yang telah dicipta ini mampu menjana pendapatan kepada anda malah ada juga yang langsung tidak menjana apa-apa pendapatan. Penciptaan sesuatu aplikasi bukan satu perkara yang mudah dan semestinya anda akan memikirkan pendapatan yang boleh dijana selari dengan kerja keras anda. Sekiranya anda masih baru di dalam pasaran ini yang mencari jalan untuk memasukinya atau sekadar mempunyai idea yang bernas untuk sebuah aplikasi anda, salah satu soalan yang mesti ditanya adalah adakah ianya akan menjana pendapatan kepada anda. Berikut kami senaraikan penerangan jelas mengikut turutan yang boleh anda ikuti dalam menjawab persoalan anda mengenai cara menjana pendapatan dengan aplikasi telefon pintar. Penerangan tersebut akan memberikan anda pandangan yang lebih jelas mengenai untuk anda buat duit dengan telefon pintar.

Platform mana yang menjana pendapatan paling tinggi bagi seorang pembina aplikasi?

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah membuat keputusan untuk membina aplikasi anda di bawah platform mana sama ada Android, Apple, Blackberry atau Windows. Di dalam dunia aplikasi, platform Android merupakan di tempat pertama dengan purata pendapatan sebanyak RM403k setahun dalam kalangan pembina aplikasi seluruh dunia dan Apple berada di tempat kedua dengan penjanaan purata pendapatan sebanyak RM400k setahun. Platform yang tidak utamakan oleh pembina aplikasi adalah BlackBerry dan Windows. Platform yang anda akan pilih inilah yang akan memainkan peranan terutamanya dalam pemasaran aplikasi anda di pasaran sama ada di dalam pasaran Android atau Apple. Setelah platform yang diingini telah dipilih, anda boleh teruskan dengan langkah seterusnya. 

Apakah jenis cara membuat duit dengan aplikasi-aplikasi telefon pintar di pasaran?

Pembelian dalam aplikasi

Ianya tidak dapat dinafikan lagi bahawa aplikasi-aplikasi yang telah dibina merupakan satu perniagaan yang besar. Keuntungan aplikasi telefon bimbit secara global telah disasarkan untuk mencapai RM782 Bilion pada tahun 2020 dimana ianya satu peningkatan mendadak lebih daripada 200% dari tahun 2016. Jenis aplikasi yang menduduki tempat teratas adalah merangkumi aplikasi permainan. Pada tahun 2018, satu aplikasi permainan keluaran Epic Games iaitu Fortnite telah menduduki tempat pertama dalam menjana sebanyak RM7.8 juta sehari. Kebanyakan aplikasi yang mampu menjana pendapatan tinggi tersebut adalah percuma untuk dimuat turun tetapi menjana wang daripada pembelian dalam aplikasi tersebut. Pembelian dalam aplikasi merupakan salah satu cara menjana pendapatan daripada aplikasi permainan yang paling efektif kerana pemain akan lebih cenderung untuk menang dan sanggup mengeluarkan duit bagi merealisasikan hasrat mereka itu. 

Pembelian aplikasi anda

Selain daripada aplikasi permainan, anda juga menjana pendapatan melalui aplikasi yang berbayar yang mewajibkan pengguna aplikasi anda untuk membeli aplikasi anda sekiranya mereka hendak meneruskan untuk menggunakan ciri-ciri aplikasi anda sepenuhnya. Melalui cara ini, anda boleh bina aplikasi anda dalam dua bahagian iaitu bahagian pertama merangkumi ciri-ciri percuma dan terhad manakala bahagian kedua yang mesti dibeli oleh pengguna mengandungi ciri-ciri yang lebih lengkap dan penuh. Walaupun kaedah ini tidaklah memberikan keuntungan yang sangat tinggi seperti aplikasi permainan melalui pembayaran dalam aplikasi, namun ia tetap akan memberikan keuntungan yang agak tinggi kepada anda, lebih-lebih lagi aplikasi andalah yang paling dicari-carikan oleh kebanyakan pengguna.

Paparan Iklan

Namun begitu, jika anda tidak yakin bahawa pengguna akan menggunakan wang mereka untuk membeli aplikasi anda atau untuk membuat pembayaran dalam aplikasi melalui aplikasi permainan anda, maka langkah seterusnya untuk menjana pendapatan melalui aplikasi anda ialah dengan meletakkan iklan. Sekiranya anda perasan, ada segelintir aplikasi yang percuma untuk dimuat turun mempunyai iklan di bawahnya. Ada iklan yang mengganggu penggunaan kita dan ada yang hanya menunjukkan barangan atau produk yang diiklankan tanpa mengehadkan atau mengganggu penggunaan aplikasi tersebut. Salah satu penyedia iklan terbesar ialah melalui Google Ads. Google Ads ini memberikan anda peluang untuk menjana pendapatan melalui aplikasi anda tanpa memerlukan pengguna untuk melakukan pembelian dalam aplikasi atau membeli aplikasi anda. Jika pengguna aplikasi anda meneruskan penggunaan mereka, Google akan membayar kepada anda mengikut jumlah pengguna yang melihat iklan yang dipaparkan dalam aplikasi anda. Walaupun tidak banyak, namun ianya tetap memberikan pendapatan kepada anda ketika para pengguna aplikasi anda melihat iklan tersebut.

Pendapatan Berbentuk Langganan

Pendapatan yang dijana melalui langganan pengguna adalah lebih kurang sama dengan penjualan aplikasi anda tetapi yang membezakannya adalah tempoh masa yang diberikan untuk menggunakan ciri-ciri tersebut. Pembelian biasa aplikasi anda dibuat sekali seumur hidup akan tetapi pembelian melalui langganan dibuat mengikut tempoh masa sama ada sebulan atau setahun atau mengikut pelan-pelan yang ditawarkan yang memberikan ciri-ciri yang berbeza. Melalui kaedah ini, ianya memberikan anda jaminan dan penjanaan wang secara berterusan selagi mana ada pengguna yang melanggan dengan aplikasi anda. 

Secara kesimpulannya, pembinaan sesebuah aplikasi telefon bimbit amatlah menguntungkan sekiranya anda tahu platform mana yang patut anda pilih dan jenis aplikasi yang anda hendak bina. Anda perlu tahu bahawa aplikasi yang anda cipta bukan sahaja untuk penggunaan telefon bimbit malah dapat digunakan untuk paparan di kaca tv. Keuntungan yang akan anda jana terletak di atas pilihan anda dalam memilih kaedah pendapatan dalam aplikasi anda sama ada melalui pembelian aplikasi, pembelian dalam aplikasi, paparan iklan atau pendapatan berbentuk langganan. Ikuti kami untuk mengetahui lebih cara buat duit dengan aplikasi telefon pintar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *