Setiap orang mengimpikan mempunyai bisnes sendiri disebabkna ramai yang percaya dengan bisnes kita akan cepat kaya dan ada pendapatan yang tinggi. Namun bagi sesetengah orang merasakan perniagaan sangat berisiko dan susah nak mulakan. Hal ini kerana orang ramai letakkan target dan jenis perniagaan bermodal besar dan skala tinggi tanpa sedar yang perniagaan pun boleh mula dengan skala yang kecil. Di sini saya ingin kongsikan idea bisnes mudah yang kita sering terlepas pandang namun akan bagi income yang tinggi. Bisnes mudah dikatakan adalah bisnes yang guna modal yang kecil atau jual benda yang mudah. Yang paling penting produk atau servis yang anda jual sangat diperlukan atau ikut kehendak dalam pasaran.
Bisnes Mudah Untuk Semua Orang
Bisnes Idea #1: Menjual Makanan
Bisnes makanan adalah perniagaan yang sangat laku dimana sahaja. Tidak kira produk makanan tersebut dijual di restoran atau dibuat daripada rumah. Ramai yang sering bayangkan nak ada bisnes makanan perlu ada kedai atau restoran. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menyewa atau memilki premis perniagaa untuk buat sedemikian. Anda boleh mulakan bisnes makanan daripada rumah.
Homemade
Pasti ramai yang sudah biasa dengan term homemade food yang bermaksud makanan yang disediakan daripada rumah guna bahan-bahan asas yang segar. Berbeza dengan bahan makanan yang dikeluarkan daripada kilang, makanan keluaran kilang mungkin ada bahan kimia yang tinggi yang tak elok untuk kesihatan anda. Ramai orang diluar sana yang begitu obsess dengan pemakanan dan gaya hidup sihat kini. Selain bersenam, pengambilan makanan yang sihat dan kurang bahan kimia sangat penting.
Oleh itu, anda boleh mulakan perniagaan anda dengan buat menu makanan tengah hari yang sihat dan segar daripada rumah. Anda hanya perlu pelbagaikan menu dan buat promosi melalui kenalan atau media sosial. Tambah kelebihan bisnes anda dengan servis penghantaran. Cara ini akan menarik pelanggan terutamanya mereka yang tak sempat cari makanan tengah hari kerana kesuntukan masa ketika bekerja.
Frozen Food
Makanan frozen adalah makanan yang disejukbekukan untuk pastikan makanan itu tahan lebih lama. Contoh makanan seperti karipap, roti goreng dan capati. Makanan frozen menjadi semakin popular dari hari ke sehari kerana ia sangat mudah dan boleh disimpan di rumah. Ia juga dijual dengan jumlah yang kecil dan sesuai disimpan dalam peti ais rumah. Jika nak makan,keluarkan daripada peti ais dan goreng. Proses pembuatan makanan frozen juga boleh dimulakan daripada rumah.
Street food
Street food adalah makanan yang menjadi kegemaran penduduk setempat. Makanan seperti ini boleh didapati di pasar malam atau kawasan kejiranan anda. Hal ini disebabkan rasanya yang enak dan harganya yang berpatutan. Ia juga sangat sesuai dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan ketika sedang bersantai. Ia juga boleh dikategorikan sebagai makanan kudap-kudap. Jadi ambil peluang ini untuk jadikan salah satu bisnes mudah yang boleh dilakukan. Antara street food yang jadi perhatian kini seperti air kelapa dan makanan goreng-goreng.
Mulakan dengan buka gerai jualan air dan burger. Ini kerana dua jenis makanan ini pasti akan dikunjungi oleh orang ramai terutamanya pada waktu petang dan malam. Bagi anda yang pandai buat kuih-muih tradisional atau pisang goreng, sangatlah sesuai mulakan bisnes street food ini. Sekarang agak susah nak cari warung yang jual kuih muih yang sedap dan berpatutan kerana nak buat agak leceh. Yang paling untuk setiap bisnes makanan yang anda pilih mesti mempunyai rasa yang sedap. Kalau sedap, anda letak harga tinggi pun orang sanggup beli.
Bisnes Idea #2: Pakaian
Baju adalah salah satu bisnes mudah yang menjadi keperluan penting zaman sekarang. Bisnes pakaian bukan hanya sesuai untuk mereka yang ada bakat dalam fashion designing. Mulakan dengan jual pakaian basahan atau baju bundle. Anda boleh dapatkan bekalan daripada pemborong dengan harga yang rendah. Jika anda ada produk sendiri yang boleh disediakan dan agak kurang dipasaran, tak salah jual pakaian tersebut. Sebagai contoh, pakaian muslimah yang mendapat tempat dihati pengguna.
Bisnes Idea #3: Printing
Bisnes percetakan atau printing tidak terhad kepada baju dan buku. Bisnes ini boleh libatkan cetakan sticker, kad kawin, banner dan lain-lain. Anda perlu sediakan pilihan design dan pelanggan yang perlukan perkhidmatan ini. Perniagaan ini boleh juga dibuat daripada rumah dan dibuat secara sambilan. Lagi bagus jika anda ada design atau template anda sendiri yang boleh ditunjukkan kepada pelanggan. Atau anda sediakan juga perkhidmatan rekaan khas ikut kehendak pelanggan anda.
Bisnes Idea #4: Online Bisnes
Cara perniagaan ini sangat mudah kerana anda hanya perlu memiliki gadget seperti telefon pintar atau laptop dan internet harian. Kaedah ini dipanggil affiliate dan dropship. Affliate ialah individu yang buat promosi produk atau perniagaan orang lain dengan hanya membuat promosi melalui link khas yang diberikan. Komisen akan diberi jika ada orang buat pembelian melalui link tersebut.
Mulakan dengan mendaftar kepada perniagaan yang sediakan platform affiliate. Antara platform/syarikat yang sediakan peluang affiliate:
- Ebay https://partnernetwork.ebay.com/
- Lazada https://www.lazada.com.my/lazada-affiliate-program/
- Trivago https://affiliate.trivago.com/network/affiliate-program
Anda akan diberikan affiliate ID dan URL Link khas untuk anda. ID sebagai pengenalan anda dan link untuk aktiviti perkongsian anda. Melalui link ini, pihak syarikat tahu aktiviti perkongsian link anda. Jika ada pembelian melalui link ini, komisen akan dibayar kepada anda melalui Paypal atau Direct Debit.
Dropship adalah membuat promosi produk, menerima tempahan dan bayaran terus daripada pelanggan. Cara-cara:
- Cari pembekal/perniagaan online yang sediakan perkhidmatan dropship seperti instagram shop atau online shop yang membuat kaedah ini.
- Contact dengan pembekal dan dapatkan persetujuan jadi dropship mereka.
- Pembekal akan beri senarai produk dan harga kepada dropshipper.
- Buat promosi guna laman media sosial atau secara direct target pelanggan dan kenalan. Letak harga sendiri atau harga yang lebih daripada harga dropship.
- Tempahan dan bayaran terus akan dibuat melalui anda.
- Buat tempahan produk kepada pembekal. Pembekal sendiri akan menghantar barang kepada pelanggan.
Bisnes Idea #5: Servis
Kepada anda yang ada kemahiran mengajar atau agak bagus dalam akademik, anda boleh tawarkan servis home tutor. Lazimnya, home tutor akan dibayar ikut jam dan waktu mengajar adalah pada waktu malam atau hujung minggu. Permintaan home tutor agak tinggi sekarang disebabkan kesedaran ibu bapa tentang kepentingan pelajaran untuk masa depan anak-anak mereka.
Dalam Kesimpulan
Kesimpulannya, banyak cara dan bisnes mudah yang anda boleh anda mulakan. Jika anda ada modal kecil, maka mulakan dengan bisnes kecil. Pilih bisnes yang sesuai dengan diri anda. Perkara yang palin utama adalah anda komited dengan setiap bisnes yang anda buat. Permulaan yang kecil mungkin boleh jadikan anda usahawan yang berjaya suatu hari nanti, mana tahu kan. Selamat mencuba!