Cara Apply Kad Kredit Dengan Ringgit Plus

Kad Kredit Ringgit Plus

Kad kredit merupakan antara instrumen kewangan yang secara umumnya dicipta untuk memudahkan urusan transaksi wang harian anda. Terutama sekali sekarang ini amat mudah memohon kad kredit dengan Ringgit Plus.

Terdapat berbagai-bagai tanggapan tentang penggunaan kad kredit, ada yang positif dan ada juga yang negatif. Pokok pangkalnya terpulanglah kepada pandangan masing-masing dan kepentingan kenapa anda perlu menggunakan kad kredit.

Kenapa Anda Perlu Menggunakan kad kredit?

Antara sebab paling lazim kenapa orang ramai menggunakan kad kredit adalah kerana ianya memudahkan anda berbelanja tanpa perlu membawa sebarang wang fizikal. Hanya dengan sekeping kad ajaib ini, isteri anda mampu menghabiskan beberapa bulan gaji anda dalam sekelip mata.

Memudahkan perbelanjaan

Bayangkan jika isteri anda mengajak anda ke pusat beli belah seperti Jakel ataupun Sogo, adakah wang yang ada di dalam dompet anda itu cukup untuk membayar segala ‘keperluan’ yang telah isteri anda beli itu? Saya pasti seratus peratus ianya tidak akan memcukupi sama sekali.

Jadi di sinilah perlunya anda menggunakan kad kredit anda bagi melangsaikan baki yang tidak mencukupi itu. Selain daripada memudahkan isteri anda berbelanja, kad kredit juga lebih selamat digunakan kerana anda tidak akan terdedah dengan risiko dirompak ataupun disamun kerana membawa jumlah wang yang banyak di dalam dompet anda.

Berguna di waktu kecemasan

Kad kredit juga sangat berguna di waktu-waktu kecemasan, contohnya jika kereta anda rosak dan anda tidak mempunyai cukup wang untuk membayar kos kerosakan kereta anda itu maka di sinilah gunanya anda membawa sekeping kad yang mempunyai nilai ribuan ringgit.

Tingkatkan Skor Peribadi

Dari sudut sistem kewangan pula, penggunaan kad kredit dapat memberikan anda skor tertentu yang akan dinilai oleh pihak bank sekiranya anda berhajat untuk membuat sebarang pinjaman. Sekiranya anda menggunakan kad kredit anda dan membayar balik jumlah yang telah anda guna dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka pihak bank akan memberikan anda skor yang tinggi dan ini akan membolehkan anda membuat sebarang bentuk pinjaman dengan mudah.

Kelebihan Kad Kredit

Selain daripada ciri-ciri keselamatan dan kemudahan yang disediakan oleh kad kredit, pengguna juga dapat menikmati beberapa kelebihan apabila menggunkan kad kredit. Kelebihan ini berbeza-beza mengikut institusi kewangan yang menyediakan kad kredit tersebut.

Salah satu kelebihan kad kredit yang kita biasa dengar adalah pulangan tunai semula (cashback). Bayangkan anda membayar segala macam perkara menggunakan kad kredit anda dan apabila sampai satu tempoh tertentu anda menerima sejumlah wang tunai daripada bank kad kredit anda.

Ada sesetengah bank menawarkan mata tebusan dan ada juga yang menawarkan bonus tahunan dan macam-macam lagi.

Pilih dan Mohon Kad kredit dengan RinggitPlus

Disebabkan terlalu banyak institusi kewangan yang menawarkan produk kad kredit di Malaysia, maka untuk memilih satu kad kredit yang terbaik bukanlah sesuatu yang mudah. Mujurlah di RinggitPlus ada menyediakan setiap perbandingan untuk kad kredit yang ada di Malaysia ini dengan cukup jelas. Perkara ini dapat memudahkan anda memilih kad kredit yang bersesuaian dengan keadaan kewangan dan cara perbelanjaan anda.

Tidak terhenti di situ, pihak RinggitPlus juga menyediakan carta kad kredit pilihan rakyat Malaysia yang pastinya dapat memberikan sedikit sebanyak idea kepada anda untuk membuat pilihan kad kredit yang terbaik untuk anda.

Bagi umat Islam pula, anda tidak perlu ragu-ragu untuk membuat pilihan lagi kerana di Riggitplus, anda dapat memilih kad kredit-kad kredit bercirikan Islamik yang telah siap dikategorikan oleh pihak RinggitPlus untuk rujukan anda.

Cara Mohon Kad kredit Dengan RinggitPlus

Setelah anda pasti kad kredit yang hendak anda mohon berdasarkan maklumat yang disediakn oleh RinggitPlus, anda boleh terus memohon kad kredit tersebut melalui lawan web RinggitPlus. Caranya cukup mudah, malahan saya rasa setakat ini, memohon kad kredit di Ringgitplus adalah cara yang paling mudah dan paling menjimatkan masa.

Langkah 1: Klik Mohon dan isi maklumat yang diminta

Perkara pertama anda perlu adalah layari laman web RinggitPlus.com. Dipanel utama, anda perlu klik sahaja Kad Kredit dan anda akan dibawa ke panel perbandingan kad kredit oleh setiap bank. Di panel tersebut, anda perlu klik mohon, dan anda akan diminta untuk mengisi nama anda dan nombor telefon anda.

Pastikan nombor telefon itu bukanlah nombor telefon talian tetap dan mempunyai aplikasi Whastapp kerana pihak RinggitPlus akan menghubungi anda melalui aplikasi Whatsapp untuk proses komunikasi yang lebih cepat.

Langkah 2: Balas whatsapp Pihak RinggitPlus

Anda akan dihubungi oleh pihak RinggitPlus melalui aplikasi whatsapp sebaik sahaja anda klik anda bersetuju untuk dihubungi. Sistem auto reply yang mereka gunakan sangat mudah. Ringgit plus akan bertanya tentang produk yang anda ingin mohon dan dalam kes ini kad kredit.

Anda akan diminta untuk memilih di antara beberapa ciri-ciri asas kad kredit yang anda mahukan. Setelah selesai, mereka akan menghantar melalui whatsapp terma dan syarat pihak RinggitPlus dalam fail PDF.

Baca dan fahami semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh RinggitPlus. Anda akan diminta untuk membalas sama ada anda bersetuju dengan terma dan syarat yang mereka tetapkan dan sekiranya anda bersetuju mereka akan meminta anda menghantar beberapa dokumen asas seperti salinan kad pengenalan anda untuk menyemak skor kredit anda.

Langkah 3: Tunggu Keputusan

Setelah skor kredit anda disemak, anda akan diberitahu oleh pihak RinggitPlus sama ada permohonan skor kredit anda layak untuk meneruskan permohonan Kad Kredit ataupun tidak. Sekiranya anda layak, pihak RinggitPlus akan memberikan anda pilihan bank-bank yang menawarkan ciri-ciri kad kredit yang anda mahukan ataupun anda boleh memilih untuk menetapkan sendiri bank yang anda mahu.

Seterusnya anda akan diminta untuk menghantar beberapa lagi salinan dokumen tambahan untuk permohonan anda.

Langkah 4: Ambil kad kredit anda

Anda akan dihubungi oleh pihak bank untuk beberapa pengesahan. Dalam tempoh masa tertentu, bergantung kepada bank yang anda pilih, kad kredit anda akan siap dan anda akan diminta untuk mengambil kad kredit anda di cawangan bank berdekatan.

Kesimpulan

Pada pendapat peribadi saya, perkhidmatan yang ditawarkan oleh RinggitPlus ini sangat baik dalam memberi pencerahan kepada pengguna tentang maklumat yang selalunya jarang diambil peduli oleh orang ramai.

Selain itu, kemudahan dalam permohonan kad kredit yang ditawarkan melalui RinggitPlus sangatlah efisyen dan menjimatkan masa. Dalam masa tidak sampai 5 minit permohonan anda akan selesai dan anda tidak perlu lagi bersusah payah menghadap karenah birokrasi yang melecehkan.

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa konsep yang ditawarkan oleh RinggitPlus ini adalah satu revolusi dalam sistem permohonan bukan sahaja untuk produk kewangan dan perbankan, tetapi boleh juga diaplikasikan kepada semua jenis sistem permohonan termasuk juga sistem permohonan dalam kerajaan.

Bayangkan jika anda boleh buat permohonan lesen perniagaan, kad pengenalan ataupun lain-lain permohonan rasmi hanya dibuat melalui sistem whatsapp sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *