Kenaikan harga rumah yang kadang-kadang tidak masuk akal menjadi antara penyebab kenapa ramai di luar sana yang masih jadi penyewa. Ramai antara kita yang ingin membeli rumah sendiri. Tapi faktor kewangan pasti jadi penghalang utama untuk capai cita-cita itu terutamanya bagi mereka yang bekerja makan gaji. Kenaikan gaji yang rendah pada setiap tahun sulitkan lagi untuk anda kumpul duit nak beli rumah. Oleh itu, saya ingin kongsikan sedikit tips tentang cara membeli rumah dengan gaji kecil. Tak semua orang boleh ikut cara ini, namun apa salahnya berkongsi.
Cara Membeli Rumah Dengan Gaji Kecil
Analisis atau semak kewangan semasa anda
Sebelum memulakan langkah nak beli rumah, anda mesti tahu keadaan semasa kewangan anda. Seperti contoh, jumlah duit gaji bulanan anda, perbelanjaan dan hutang. Hal ini penting kerana untuk tahu kelayakan harga rumah yang sesuai dengan gaji masing-masing. Anda perlu jelas tentang perkara ini dan tidak letak target yang terlalu tinggi, takut ada yang kecewa pula dipertengahan jalan. Bukan itu sahaja, anda boleh pergi tanya tentang kelayakan pinjaman dengan bank berdekatan anda. Jangan lupa bawa slip gaji sekali.
Lihat komitmen semasa anda
Apabila dah bekerja dan ada pendapatan sendiri, pasti ada komitmen atau hutang yang perlu anda lunaskan setiap bulan. Nasihat saya buat checklist seperti buku kira-kira. Buku kira-kira ni tidaklah seperti buat ledger akaun. Cukuplah untuk anda faham. Langkah ini nak monitor perjalanan keluar dan masuk duit anda setiap bulan. Daripada situ, anda boleh lah agak simpanan yang boleh dilakukan untuk beli rumah. Buat senarai seperti berikut:
- Bayaran balik duit belajar seperti PTPTN, MARA
- Duit sewa rumah
- Duit kereta
- Duit minyak bulanan
- Duit makan dan minum
- Belanja keperluan asas seperti barang dapur dan lain-lain
- Duit untuk ibu bapa, perbelanjaan untuk isteri dan anak-anak bagi yang sudah berkeluarga
- Bil air dan elektrik
Selepas dah tolak segala perbelanjaan wajib setiap bulan, anda boleh mulakan kira-kira bagi duit lebihan gaji anda. Mungkin baki yang ada tidak lah begitu banyak, nak tak nak anda kena buat kerja sambilan untuk tambah duit poket.
Target harga dan jenis rumah
Sekali lagi ingin saya ingatkan, beli rumah tidak lah semudah beli barang dapur atau baju. Anda wajib teliti dengan setiap perkara. Jika gaji anda kurang daripada RM3000, target rumah berharga RM100 000 ke RM200 000. Jangan la pandai-pandai letak target harga rumah sampai berjuta-juat. Takut parah nanti anda nak bayar. Kena realisitk sikit. Kemudian, buat sedikit kajian tentang lokasi rumah, harga, saiz, harga down payment dan lain-lain. Ada juga pemaju yang tawarkan harga yang sedikit rendah kepada mereka yang booking rumah tersebut awal. Ada juga yang sediakan tawaran 0% down payment kepada pembeli. Oleh itu, ambil peluang ini untuk kurangkan perbelanjaan anda dalam beli rumah.
Loan atau pinjaman
Buat pinjaman daripada bank dan agensi tertentu bukanlah sesuatu yang pelik dan aneh. Ramai orang di luar sana yang ambil tindakan ini disebabkan kebanyakannya tak mampu nak beli rumah dengan hanya pakai duit simpanan sendiri sahaja. Oleh itu, jangan ragu-ragu untuk buat pinjaman perumahan daripada bank. Namun, harus diingat pihak bank akan tengok kewangan semasa anda seperti gaji bulanan dan pinjaman persendirian jika ada. Sangat penting bagi anda untuk yakinkan pihak bank untuk beri pinjaman berdasarkan slip gaji anda dan kemampuan simpanan anda. Kelayakan peminjam sangat dititik beratkan oleh pihak bank. Jangan risau, anda boleh tanya dan rujuk kepada bank tentang pinjaman yang sesuai untuk anda.
Perkara paling penting adalah pandai pinjam pandailah bayar balik. Anda perlu tahu jumlah bayaran balik yang tepat dan sesuai untuk buat bayaran balik kepada pihak bank. Jangan ambil komitmen yang terlalu membebankan anda. Pastikan komitmen bayaran balik ini dimasukkan dalam buku kira-kira bulanan anda.
Buat Sublet
Sublet bermaksud ‘sewa atas sewa’. Langkah ini antara cara membeli rumah dengan gaji kecil kerana ia beri pendapatan yang agak lumayan jika dibuat dengan betul.
Contohnya
Anda = Pihak A, Tuan rumah = Pihak B, Sublet = Pihak C
Pihak A sewa rumah daripada Pihak B dengan harga RM100 sebulan. Kemudian, pihak A akan buat sewaan kepada pihak B dengan harga yang lebih tinggi iaitu RM300. Pihak A akan dapat untuk RM200 untung daripada kadar sewaan yang dibuat.
Harus diingat, anda perlu budi bicara daripada tuan rumah tersebut. Pastikan tuan rumah tahu agar tak berlaku sebarang masalah di kemudian hari. Ada juga tuan rumah yang beri kebenaran, ada yang tidak.
Bukan itu sahaja, anda juga perlu letakkan target tertentu. Contohnya, letak target atau cuba dapatkan profit atau keuntungan untuk 1 rumah sublet RM200 (sublet basic unit), dan buat 6 biji sublet dalam masa 12 bulan. Maknanya, anda mesti dapatkan 1 biji rumah setiap 2 bulan. Lagi cepat korang dapat capai target, lagi bagus. Simpan semua hasil sewaan tadi tu dalam satu simpanan tetap seperti ASB atau Tabung Haji untuk tempoh 12 bulan.
Simpanan ASB
ASB adalah simpanan Amanah Saham Bumiputera yang telah diwujudkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad untuk bumiputera. Dana ini adalah bertujuan untuk menyediakan satu cara simpanan alternatif bagi Bumiputera Malaysia. Ia bertujuan untuk menjana pulangan jangka panjang yang konsisten dan berdaya saing untuk pelabur-pelabur. Ayat mudahnya, setiap simpanan yang anda buat di ASB, akan digandakan mengikut kadar atau dividen tertentu.
Anda juga boleh buat komitmen melalui pinjaman atau loan ASB. ASB loan atau ASB Financing merupakan fasiliti pinjaman pelaburan yang disediakan oleh ASB untuk bumiputera. Bila anda buat pinjaman melalui ASB Loan, wang itu digunakan untuk beli sijil pelaburan. Jangan risau, pelaburan ini selamat dan dilindungi. Untuk dapatkan maklumat lanjut, anda boleh bertanya kepada bank mengenai proses ini.
Kesimpulan tentang cara membeli rumah dengan gaji kecil
Secara kesimpulannya, anda perlu teliti untuk pilih cara membeli rumah dengan gaji kecil. Setiap orang ada cara mereka sendiri ikut yang sesuai dengan kemampuan dan kewangan. Perkara yang paling penting adalah dapatkan ilmu dan pengetahuan yang cukup sebelum buat apa apa keputusan penting. Perlu ingat bahawa beli rumah tidak semudah beli baju. Setiap perkara perlu di ambil kira. Walaupun gaji kecil, tidak semesti kita tak layak ada hartanah dan rumah impian masing-masing. Oleh itu, jangan cepat putus asa dan teruskan mencuba kerana rezeki ada dimana-mana. Sekian terima kasih.