Cara Membuat Duit Dengan Drone

Cara Membuat Duit Dengan Drone

Drone adalah satu mainan yang paling ‘hot’ sekarang, bukan sahaja di kalangan kanak2. Ia kelihatan seperti helicopter mini yang boleh diterbangkan dengan remote control. Ramai yg membeli drone untuk dijadikan hobi. Drone selalunya dipasangkan dengan kamera digital ringan yang lasak seperti GoPro. Dengan adanya GoPro, si pengguna boleh mengambil gambar2 dengan menggunakan drone.

Drone yang berkualiti memang mahal. Kalau beli untuk hobi sahaja, hmm macam rugi pulak. Apa kata kami kongsikan cara membuat duit dengan menggunakan drone?

Mengambil Gambar Properti/ Kawasan Riadah

Selalu kita nampak angle gambar yang sama sahaja apabila kita ingin menjual beli hartanah. Kalau anda menggunakan drone untuk mengambil gambar rumah itu, anda dapat menghasilkan gambar2 yang unik, dari angle2 lain.

Boleh jugak anda tawarkan servis untuk merakamkan video ‘aerial view’ bagi hotel2 ataupun resort. Mesti cun kalau kita dapat ambil ‘aerial’ video sebagai promo untuk sebuah resort ataupun hotel.

Servis Periksa Bumbung

Menggunakan drone untuk record keadaan bumbung client anda lagi selamat daripada memanjat bumbung anda. Senang sikit kerja kita. Control drone, hantarkan ke kawasan atas bumbung, rakamkan video atau petik gambar. Check video ataupun gambar. Tak perlu panjat2 tangga dan peluh2.

Pokoknya, drone ini niche yang baru. Ramai yang belum mahir dalam menggunakan drone.

Apa yang diperlukan?

  • Drone professional (Mavic Pro Platinum)
  • Software suntikan gambar dan video (iMovie, Adobe Premiere)
  • Kamera digital lasak (GoPro)

Amaran: Harus periksa jika ada kawasan yang melarang penerbangan drone.

Anda mempunyai cara lain untuk membuat duit dengan drone? Sila komen di bawah. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *