Kebanyakkan orang pasti ada impian nak ada perniagaan sendiri. Bila dah yakin dengan keputusan sendiri untuk libatkan dalam dunia perniagaan, pasti mempunyai masalah untuk tahu proses yang betul terutamanya tentang pendaftaran perniagaan dan lesen yang berkenaan. Lazimnya, mereka yang ingin mula bisnes akan bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan. Ada diantara jenis perniagaan ini perlukan lesen tertentu. Namun, ramai yang kurang pasti tentang cara memohon lesen perniagaan kecil-kecilan yang betul. Disini saya akan kongsikan panduan dan cara yang betul untuk memohon lesen perniagaan secara kecil-kecilan.
Cara Memohon Lesen Perniagaan Kecil-Kecilan
Apa itu perniagaan kecil-kecilan?
Perniagaan kecil-kecilan merupakan jenis perniagaan yang melibatkan kos yang rendah dan mudah di mulakan. Perniagaan seperti ini melibatkan bisnes seperti makanan, minuman, pakaian dan lain- lain. Produk yang dihasilkan selalunya boleh dilakukan daripada rumah tanpa perlu ruang pernghasilan yang besar seperti kilang. Aktiviti jualan daripada perniagaan kecil-kecilan ini selalunya tidak perlukan premis yang besar atau banggunan perniagaan. Cukup sekadar dijual dari rumah atau buka booth atau gerai-gerai kecil di tepi jalan.
Terdapat beberapa perniagaan yang dikategorikan sebagai perniagaan kecil-kecilan iaitu:
Penjaja Bergerak
Peniaga yang berniaga secara bergerak seperti food truck ataupun gerai perniagaan tidak berada hanya pada satu tempat. Peniaga akan sentiasa berpindah dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
Penjaja Statik
Jenis pejaja ini pula melibatkan peniaga yang buat jualan pada satu tempat sahaja. Mereka ada gerai atau kawasan perniagaan mereka sendiri seperti gerai yang dibuka di kampung-kampung.
Gerai-Gerai Majlis Perbandaraan
Ruang perniagaan ini merupakan kawasan khas yang dibina untuk berniaga. Ruang atau kawasan perniagaan ini dibawah pengurusan majlis perbandaraan setempat. Boleh dikategorikan sebagai premis perniagaan yang kecil.
Gerai-Gerai Swasta
Tempat perniagaan yang buat oleh syarikat atau pemaju swasta.
Medan Makan (Food Court)
Medan selera merupakan ruang perniagaan juga kawasan yang dikhaskan kepada peniaga makanan. Medan selera juga ada sediakan tempat atau premis perniagaan yang banyak juga dilengkapi kemudahan seperti tandas dan surau.
Pasar Malam Bergerak
Peniaga atau penjaja pasar malam yang tidak hanya pada satu-satu tempat. Penganjur atau pengurus tapak pasar malam itu sentiasa cari kawasan yang berbeza untuk aktivit ini seperti Pesta Makanan Antarabangsa atau Food Festival.
Langkah Satu untuk Memohon Lesen Perniagaan Kecil-Kecilan
Cara memohon lesen perniagaan kecil-kecilan bermula dengan pertimbangan kelayakan anda. Anda perlulah berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia. Anda juga sudah tentukan jenis perniagaan dan produk yang bakal dilaksanakan. Bukan itu sahaja, hak milik perniagaan juga perlu ditentukan sama ada perniagaan itu milik perseorangan atau perkongsian. Jangan lupa sediakan nama yang sesuai untuk perniagaan anda. Sediakan lebih daripada satu nama perniagaan sebagai langkah berjaga-jaga. Mungkin nama yang anda pilih sudah ada orang lain daftar dulu. Tak lah anda buang masa nak fikir nama yang baru pula.
Langkah Dua untuk Memohon Lesen Perniagaan Kecil-Kecilan
Daftar perniagaan anda pada SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Anda boleh mendaftar secara online atau pergi ke kaunter pendaftaran SSM yang berdekatan dan sedang beroperasi. Jika secara online, boleh buat melalui MY GOVERNMENT PORTAL dan laman web rasmi SSM.
My Government Portal (https://www.malaysia.gov.my/public/cms/)
- Layari laman web My Government Portal
- Klik pada Perkhidmatan
- Taip SSM di kotak kata kunci dan klik Cari
- Senarai Nama Perkhidmatan akan tertera di skrin
- Pilih dan Klik SSM- Pendaftaran Perniagaan Baru (BORANG A – borang online save di sini)
- Masukkan ID Pengguna, Kata Laluan dan klik log masuk
- Klik Ok pada skrin yang tertera
Perkhidmatan Dalam Talian SSM (http://www.ssm.com.my/en/services_registration)
- Klik SSM e-services
- Klik SSM – Pendaftaran Perniagaan Baru (BORANG A)
- Masukkan ID Pengguna, Kata Laluan dan klik log masuk
- Klik Ok pada skrin yang tertera
Anda perlu mengisi Borang A (Borang Pendaftaran Perniagaan Baru) yang mengandungi maklumat seperti nama perniagaan, tarikh permulaan perniagaan, alamat utama perniagaan, alamat cawangan perniagaan (jika ada), maklumat pemilik dan rakan kongsi, jenis perniagaan yang akan dijalankan dan salinan perjanjian perkongsian (jika ada).
Dokumen yang perlu di lampirkan sekali adalah:
- Salinan kad pengenalan pemilik (Persendirian atau rakan kongsi)
- Surat Kebenaran atau Surat Sokongan bagi jenis perniagaan Taska (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah /Kolej Pendidikan (Kementerian/Jabatan Pendidikan)
- Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan
Langkah Tiga untuk Memohon Lesen Perniagaan Kecil-Kecilan
Bagi mereka yang ingin lesen seperti premis perniagaan atau tempat berniaga seperti gerai atau booth. Mereka perlu memohon lesen melalui Majlis Perbandaran masing-masing. Jika anda ingin berniaga di Kuala Lumpur contohnya, perlu dapatkan lesen yang dikeluarkan oleh DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Harus diingat, setiap kawasan mungkin berbeza tentang kelayakan atau syarat yang dikenakan. Oleh itu, anda mesti rujuk kepada sumber dan khidmat bantuan yang betul agar tak buang masa dan mudahkan proses dapatkan lesen.
Berikut merupakan contoh syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan oleh Majlis Perbandaran Seremban:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Ada kenderaan jaja setara dan sesuai
- Berniaga di tempat yang dibenarkan
- Sekiranya menjalankan perniagaan makanan, syarat tambahan dikenakan iaitu perlu mengikuti Kursus Pengendalian Makanan dan dapatkan suntikan (Typhoid) terlebih dahulu
- Wang proses ialah RM10.00
Dokumen Sokongan
- Satu salinan kad pengenalan
- Tiga keping gambar berukuran passport
- Pelan lokasi atau tapak perniagaan untuk permohonan penjaja statik sahaja
- Surat kebenaran tuan tanah atau lesen Penduduk Sementara
- Lesen untuk Penjaja dan Pasar Malam Bergerak mesti dapatkan pengesahan petak berniaga yang kosong daripada pihak pengurusan pasar malam
- Penjaja Bergerak perlu gambar kenderaan (Jenis kenderaan yang dibenarkan seperti dilampirkan). Sertakan juga nombor pendaftaran kenderaan atau surat kebenaran pemilik kenderaan jika bukan kenderaan milik sendiri
Kesimpulan tentang cara memohon lesen perniagaan kecil-kecilan
Secara kesimpulannya, cara memohon lesen perniagaan kecil-kecilan tidak susah seperti disangka. Anda perlu tahu cara yang betul dan sumber yang tepat sebagai rujukan. Tidak lupa juga dokumen-dokumen yang diperlukan sebagai sokongan bagi permohonan lesen perniagaan anda. Proses ini agak mudah namun sedikit leceh kerana anda perlu ikut setiap syarat dengan betul. Jika salah satu, pihak pendaftar tak akan proses permohonan itu. Oleh itu, nasihat saya adalah, pastikan anda sediakan segala dokumen dan butir-butir berkenaan bagi mudahkan proses. Langkah ini untuk tidak buang masa anda untuk pergi ke kaunter dua tiga kali. Semoga panduan yang saya berikan ini berguna untuk anda di luar sana.
39 thoughts on “Cara Memohon Lesen Perniagaan Kecil-Kecilan”
Panduan yg diberikan lengkap…tapi peruntukkan yg baru nak berniaga secara kecil-kecilan…ada tak…saya belum daftar lagi dan ingin mendaftar.
Saya nak tanya kalau sya nak niaga tembakau dan daun lebar dn beg2x ini dlam ketegori apa?
Ingin merniga nasi campur nasi lemak pagi2
Kalau lesen untuk kontraktor perlu daftar di ssm atau melalui majlis daerah sahaja?
SAYA NK BERNIAGA TUDUNG MACAM MANA NAK AMBIL LESEN.
Kat sarawak tak dapat daftar..semua agensi mati-mati nak perniagaan di daftarkan di kawasan komersil dan industri. Alamat rumah tak boleh pakai sebab diaorang tak nak perniagaan di adaftarkan atas geran tanah kediaman dan pertanian.
Boleh saya tahu, macam mana nak dapat keizinan nak berniaga di sekolah2 yang buat open day?
Nak berniaga nasi campur
Saya berniaga begger selama 8. bagai mana cara untuk mendapatkan lesen
niaga burger 8 tahun tapi ejaan burger pun salah.
Ingin menbuka peniagaan sendiri
Ingin berniaga barang×2 terpakai- dari rumah boleh ke? Apakah Lesen Diperluaskan? (Kecuali SSM)
Terima Kasih
Sya sarawakkian ..nk bniaga di rumah kampung hanya bjual air2tin dan niaga kropok dan ice cream mcm mna?
Klu sy nak berniaga atas tanah mentua sy mcmne prosudernyer ya…berniaga depn rumh tepi jln shj untk kecilan2,pleasa info…
saya nak memohon lesen perniagaan kecil kecilan
bagaimana cara nya
Sya nak meniagar kecik dulu mcm mna nak mohon
Saya ingi mohon lesen niaga pasar malam di bandar tasik putri. Dengan siapa haru saya berurusan
Nak buat lesen berniaga sate tepi jalan macam mana ya
kalau berniaga gerai tepi jalan macam mana
Dokumen apa yg perlu
sy mau buka kedai kosmetik apa2 syarat dan bagaimana sy boleh mendapatkan lesen.
Bagaimana seseorang nak memohon lesen niaga kedai runcit secara kecil-kecilan di dalam rumah sewa??
macam mana kalau saya nak eksport barang ke brunai.saya dari miri,sarawak. macam mana saya nak buat lesen hantar barang ke sana.saya nak bawa makanan berupa daging.saya sendiri yang hantar da jual di sana.terima kasih.
Saya nk niaga satay di area sungai petani,mcm mna nk dapatkan tapak niaga tetap.x reti nk cari tapak yang sesuai untk brniaga
Bagaimana cara untuk mohon lesen niaga?Saya tinggal di shah alam
kenapa tanya soalan yang sama , tu kan admin dah cite . sama je nak niaga burger ke , kosmetik ke , nasi ke .. cara yg sama je . niaga kat tepi jalan ke , depan rumah jiran ke .. sama je kena ada surat kebenaran tuan tanah
assalam. kalau saya ini.. jual cara bergerAk tu, perlu lesen tak. contoh bergerak guna motor dan guna beg ais untuk simpanan makanan basah untuk di jual di lokasi cara rawak.. macam mana ya? mohon jawapan..
Saya ibu tunggal ingin berniaga kedai runcit tapi tempat tinggal saya kawasan setinggan. Bagaimana caranya untuk mohon lesen?
Kalau berniaga kecil kecilan dengan jual produk orang lain perlu daftar …….
Sye ada lesen berdaftar dgn lhdn
.perlu kh daftar lgi dgn ssm..brpa kne bayar?
Kedai runcit dalam kategori apa? Makanan kah juga? Jadi kena buat suntikan kah?
kalau nak membuka gerai makanan di tepi pagar rumah,perlukn premit&lesen jugak k??
Saya dah daftar dua kali dalam talian (online) bayaran proses Rm25.bayar dua kali Rm50.semua documen ada.tapi saya tak dapat lesen,saya dapat msg dari ????(tak sokong)apa lagi saya nak buat.saya warga b40,duduk rumah sewa lagi.tak ada lesen tak boleh buka kedai.dah beli barang semua.😞😞😞
macam mana pulak kalau kita sebagai agent francais? Adakah perlu memohon lesen? Sebagai perniagaan kecilan gerai/kiosk
Saya nak jual makanan dekat foodcourt mall, perlu apply lesen dulu atau perlu masuk berniaga dulu baru apply? Harap sapa2 yang tau dapat membantu reply
Saya nak niaga bouquet bunga nak ambil apa lesen ya
Sya sudah ada perniagaan sendiri tpi mcmna nk mohon lesen perniagaan (Ssm)
Saya nak berniaga nasi campur
Saya nak berniaga nasi campur bagaimana cara memohon lesen ya
saya nak jual sabun homade buat sendiri, bagaimane saya nak buat lesen perniagaan