Instagram adalah platform social media yang boleh dikatakan paling popular. Dahulu Instagram hanya digunakan untuk memuat naik gambar-gambar untuk dikongsi dengan kawan. Tetapi sekarang Instagram banyak digunakan dalam bisnes seperti mempamerkan produk-produk dan khidmat-khidmat untuk dijual.
1. Beli Pengikut?
Jika anda ingin membuat duit dengan Instagram tanpa kos, memangnya boleh. Namun anda harus ingin tahu yang untuk mendapat pengikut dan peminat yang tulen bukan senang dan memakan masa. Ada account yang membeli ‘followers’. Memang saya pernah cuba membeli pengikut dan dikenakan bayaran RM30 untuk 1000 pengikut. Tetapi puaskah saya dengan tambahan 1000 pengikut? Tidak. Pengikut-pengikut itu adalah ‘fake followers’. Bagaimana saya tahu mereka ‘fake followers’? Caranya mudah. Letak Instagram posting baru tanpa hashtag (#). Tengok berapa di kalangan followers anda yang berinteraksi dengan post Instagram anda. Jawapannye 0 kerana account palsu yang dibuat untuk mengikut anda di Instagram tidak akan memberikan anda like ataupun comment. Tapi boleh dikatakan account yang mempunyai pengikut ramai memang ada lebih kredibiliti berbanding account yang mempunyai kurang pengikut.
2. Jadual ‘post’: 3-5 kali sehari
Sebagai follower, kita ingin mengikut account yg aktif dan menarik. Dengan membuat posting sekurang2nya 3 kali sehari, pengikut kita akan dapat lihat posting kita. Kalau tak ingin lupa masa posting, gunakan IG app yang boleh member alarm bila masuk waktu posting. Waktu posting pun kene tetap. Jangan lah post time orang tengah tido ataupun tengah sibuk. Post pada pagi bila orang sedang menuju ke kerja, masa makan dan satu posting pada waktu malam sesudah waktu makan malam.
3. Pentingnya filter!
Pilihlah filter yang boleh menarik perhatian pengguna2 IG. Gunakan filter yang berkenaan dengan produk atau servis anda. Contohnya, jika anda penggunting rambut old school sepertii pompadour, boleh cuba gunakan filter hitam putih di dalam beberapa gambar untuk memberikan lebih ‘feel’ klasik. Selain itu, anda juga perlu memastikan gambar yang anda post cantik dan boleh pelbagaikan dengan menggunakan photo grid.
4. Jangan gunakan program ‘auto comment’ atau auto like
Bila memberi komen atau like, anda sendiri yang harus berbuat demikian, bukan bot ataupun program. Memang kalau gunakan bot lagi cepat dan senang tapi bayangkan apa akan jadi jikalau bot member komen yg tak sepatutnya kepada gambar Instagrammer yang lain? Bayangkan mengamoknye seseorang itu apabila dia memuat naikkan gambar sedih seperti tentang pemergian seseorang tercinta dan bot meletak komen thumbs up. Adui.
5. Tag lokasi anda di gambar
Ini sangat baik untuk mendapatkan targeted followers. Kalau anda membuat bisnes penghantaran atau COD, dengan meletakkan tag lokasi di gambar, memang senang untuk mendapatkan followers yang tinggal berdekatan. Penghantaran dan peluang membeli dengan COD memang sangat diminati oleh pelanggan.
6. Jangan post gambar aje
Ingat la yg video pun sangat diminati oleh pengguna IG. Sekali sekala muat naikkan video yg berkenaan supaya anda dapat lagi menarik perhatian pengguna IG. Lebih bagus kalau video anda dibuat sendiri dan diviralkan. Ini akan member lebih peluang untuk mendapat follower2 baru.
7. Adakan peraduan
Adakan peraduan untuk memenangi produk atau servis anda. Untuk menyerta, pengguna2 IG harus ‘tag’ kawan di dalam komen. Gunakan # original untuk memberi tumpuan kepada produk atau servis anda. Peraduan memang akan memberi anda traffic organic. Mungkin yang menyertai mempunyai fanbase yang tinggi? Share kepada kawan, kawan share, kawan punya kawan share. Berbaloi lagi kalau hadiah tidak mahal untuk kita berikan. Ini juga merupakan salah satu tips marketing melalui instagram yang kami sarankan.
8. Beli ruang ads atau bergabung dengan influencer
Jika anda mempunyai bajet pemasaran, anda boleh gunakan IG ads untuk ‘mempamerkan’ produk atau servis anda. Anda boleh juga cari influencer IG yang mempunyai ramai followers. Berikan sampel produk atau servis anda kepada influencer yang berminat untuk bergabung dengan anda. Anda harus pastikan yang influencer mempunyai ‘likes’, ‘reposts’ dan ‘followers’ yang tulen, bukannye fake account!
Ah itu dia. Tips2 dari Theusahawan.com. Cubalah. Jangan lupa share dan beri komen.
One thought on “Cara Menaikkan Pengikut di Instagram”
Naikkan followers