Cara Mulakan Bisnes Keropok Lekor

Cara Mulakan Bisnes Keropok Lekor

Keropok lekor ialah makanan yang jadi kegemaran masayarakat Malaysia. Makanan yang berasal dari negeri Terengganu sangat popular kerana rasa dan harganya yang berpatutan. Keropok lekor menjadi pilihan hampir semua orang untuk dijadikan makanan kunyah-kunyah pada waktu petang.  Namun di Terengganu, anda dapat lihat banyak peniaga yang jual makanan ini bermula waktu pagi hinggalah ke petang. Manakala di kawasan pantai barat pula, anda semua boleh dapatkan makanan di gerai-gerai dan pasar malam. Hal ini menunjukkan bisnes keropok lekor antara yang menguntungkan dan sesuai dijadikan perniagaan. Walau bagaimanapun, macam mana cara nk mulakan bisnes keropok lekor ini?

Tips mulakan bisnes keropok lekor

Kewangan atau modal

Seperti yang semua orang tahu, nak buat bisnes atau memulakan perniagaan mesti kena ada duit atau modal. Tak kiralah modal itu asalnya daripada poket anda sendiri ke atau pinjaman peribadi. Analisa kemampuan kewangan anda dahulu, kemudian baru tetapkan langkah seterusnya. Saya cadangkan anda mulakan bisnes dengan modal yang rendah dulu sebagai langkah percubaan. Bila dah ada pelanggan dan dapat sambutan anda tambahlah modal untuk bisnes ini. Bak kata orang, sikit-sikit lama lama jadi bukit.

Cara buat keropok lekor sendiri

Untuk masuk dalam perniagaan makanan, anda perlulah tahu cara dan resepi pembuatan yang betul untuk dapatkan rasa yang enak dan kualiti yang tinggi. Begitu juga dengan keropok lekor, untuk menjadi peniaga keropok lekor bahan dan cara yang tepat perlu dipelajari.

Disini saya kongsikan bahan utama nak buat keropok lekor. Namun perlu diingat, kuantiti bahan yang perlu disediakan adalah bergantung kepada berapa banyak yang anda ingin hasilkan.

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung atau ikan selayang
  • Tepung ubi
  • Tepung gandum
  • Garam
  • Ajinomoto

Langkah-langkah:

  1. Anda perlu mengisar semua isi ikan yang sudah disiang dan di basuh dengan gunakan pengisar atau blender. Ikan tersebut mesti lah belum di masak atau direbus. Kisarkan ikan mentah tersebut dengan air sejuk
  2. Masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa. Pastika semua bahan itu dikisar sehingga sebati
  3. Kemudian, letakkan bahan yang anda kisar dalam satu bekas yang besar
  4. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi. Harus diingat, jumlah tepung gandum mesti lebih sedikit daripada tepung ubi. Sebagai contoh, kalau anda letak tepung gandum satu bekas, anda perlu letakkan satu bekas setengah tepung ubi
  5. Gaul campuran tepung dan bahan kisar tadi sehingga sebati. Uli campuran tersebut. Langkah ini untuk hasilkan doh yang sempurna
  6. Doh yang telah siap boleh dibentukkan menjadi bentuk yang panjang macam yang anda lihat di kedai-kedai yang buat keropok lekor. Panjang dan ketebalan bentuk keropok lekor itu adalah ikut citarasa sendiri. Ada orang suka buat panjang-panjang, ada orang suka buat pendek-pendek supaya senang nak simpan. Ikutlah cara masing-masing
  7. Langkah seterusnya adalah rebus keropok lekor yang dah siap dibentuk itu. Pastikan air didihan untuk merebus sudah betul-betul panas
  8. Bila dah rebus, tos keropok daripada sisa-sisa air rebusan
  9. Ada orang suka makan keropok lekor yang hanya direbus, ada yang suka makan bila digoreng
  10. Untuk anda yang buat untuk berniaga, letak la keropok lekor dalam bekas yang sesuai dan pastikan keropok itu tahan lama

Nak jadi pembekal atau hanya peniaga?

Sebelum anda nak ceburkan diri dalam bisnes keropok lekor, anda perlu tahu sama ada anda nak jual keropok lekor daripada resepi anda sendiri atau hanya ini jadi peniaga keropok lekor sahaja. Bagi yang berniat nak jadi pembekal atau pengeluar dan peniaga keropok lekor, mesti tahu resepi yang tepat dalam pembuatan. Anda juga perlu tahu kuantiti dan tenaga kerja yang anda perlu semasa nak hasilkan sesuatu makanan. Jangan lupa kelengkapan perkakasan dan alatan yang perlu ada. Setiap perincian tentang semua aspek mesti diambil kira seperti kebersihan, tempat penghasilan keropok dan kemampuan penghasilan dalam satu hari.

Bagi anda yang hanya ingin menjadi peniaga atau sekadar nak jual keropok lekor, tidaklah perlu memikirkan tentang hal-hal penghasilan. Anda hanya perlu mencari pembekal keropok lekor yang boleh beri bekalan keropok lekor yang cukup untuk setiap jualan anda. Harga yang berpatutan dan sesuai dengan bajet anda perlu dititik beratkan. Ye lah siapa tak mahu untuk kalau berniaga. Buat sedikit homework dan kajian untuk dapatkan pembekal yang sesuai. Variasikan jenis keropok yang anda ingin jual. Beritahu pelanggan anda tentang jenis ikan yang digunakan seperti keropok ikan selayang dan ikan parang. Hal ini kerana pelanggan sukakan kepelbagaian jenis produk yang ada dalam satu kedai atau gerai. Begitu juga dengan bentuk keropok lekor tersebut, ada yang dijual secara panjang dan ada yang dijual secara pendek-pendek.

Tempat berniaga

Nak berniaga keropok lekor mesti ada lokasi yang strategik untuk dapatkan perhatian daripada pelanggan anda. Sebagai permulaan, buat jualan keropok lekor anda dekat pasar malam atau tepi jalan. Bina gerai keropok lekor anda sendiri dengan guna payung, meja dan peralatan asas sebuah gerai. Jangan lupa letak sekali dapur dan kuali yang besar untuk anda goreng keropok lekor. Walaupun agak leceh dan mungkin ada yang persoalkan kenapa tak goreng dari rumah. Namun saya ada pendapat saya sendiri.

Kita semua tahu yang keropok lekor enak dan sedap dimakan ketika panas. Jika anda buat proses goreng keropok lekor dihadapan pelanggan anda, ia akan menarik minat untuk orang berhenti lalu ingin cuba keenakan keropok anda. Ketika anda goreng keropok, bau dan tekstur yang disajikan kepada orang mampu tarik minat mereka berhenti seketika dan beli hidangan itu. Orang Malaysia gemarkan makanan jalanan atau lebih dikenali sebagai “street food”. Jadikan peluang ini salah satu cara untuk tarik minat orang untuk beli keropok anda.

Secara kesimpulannya, nak mulakan bisnes perlu tahu cara dan panduan yang betul terutamanya perniagaan seperti keropok lekor. Hal ini kerana. Perniagaa seperti ini perlu ketelitian yang tepat untuk hasilkan produk yang berkualiti tinggi. Kebersihan dan perakuan halal oleh pihak berkuasa sangatlah penting sebab di negara ini banyak sangat bisnes makanan yang tidak selamat. Jika keropok lekor anda bersih, pelanggan akan percaya dengan anda dan akhirnya akan majukan bisnes keropok lekor anda. Cara yang saya cadangkan di atas mungkin dapat bantu anda yang ada niat nak buka bisnes keropok lekor sendiri. Oleh itu, selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *