Zaman sekarang ni, gaji daripada satu pekerjaan saja tidak mencukupi. Peningkatan kos dan belanja harian semakin bertambah dari hari ke hari. Soal duit dan perbelanjaan harian menjadikan ramai mereka di luar sana cuba untuk mencari duit tambahan. Namun, apakah cara-cara untuk cari duit tambahan? Mampu ke kita nak buat lebih daripada satu kerja setiap hari? Adakah berniaga satu-satu cara nak tambah duit? Oleh itu, saya ingin cadangkan beberapa langkah dan kaedah yang anda boleh buat untuk cari duit tambahan atau duit poket lebih.
Cara-Cara Untuk Cari Duit Tambahan
Berniaga
Perniagaan merupakan salah lubuk rezeki kepada mereka yang minat dan ingin mencuba. Untuk mendapatkan duit tambahan, cuba mulakan perniagaan kecil-kecilan yang boleh dilakukan dari rumah. Sebagai contoh menjual kuih-muih, buat tempahan kek dan makanan kudap-kudap. Anda hanya perlu keluarkan modal yang rendah dan sediakan tempahan dengan jumlah yang kecil. Masa kerja untuk sediakan tempahan juga agak fleksible dan ikut kemampuan anda. Berniaga seperti ini juga boleh dijadikan kerjaya sandaran sekiranya anda pencen nanti.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh buat perniagaan seperti buka warung burger atau aiskrim booth di pasar malam, kawasan sekitar rumah anda atau karnival makanan. Ini kerana dua jenis makanan ini merupakan street food yang disukai oleh orang ramai. Di mana ada kedai burger atau aiskrim pasti ada sahaja pelanggan yang berhenti untuk mencuba. Perniagaan seperti ini boleh menjana pendapatan yang tinggi jika dilakukan secara konsisten.
Berniaga secara online
Era teknologi seiring dengan perkembangan media sosial memberi platform untuk anda buat duit tambahan guna modal atau tanpa modal. Cara ini lebih dikenali sebagai online business. Banyak pilihan cara-cara untuk cari duit tambahan jika anda bijak gunakan media sosial dan teknologi kini. Bagi mereka yang ada produk sendiri, boleh buat promosi melalui Instagram, Facebook, Twitter dan medium lain. Gunakan kuasa viral atau tular untuk jadikan produk jualan anda dikenali ramai.
Bagi mereka yang ingin buat duit tambahan dengan hanya guna handphone atau laptop, anda boleh menjadikan konsep affiliate, dropship dan freelancer sebagai salah satu pilihan untuk cari duit tambahan.
Affiliate Marketing
Affliate ialah individu yang buat promosi produk atau perniagaan orang lain dengan hanya membuat promosi melalui link khas yang diberikan. Komisen akan diberi jika ada orang buat pembelian melaalui link tersebut. Cara-caranya adalah:
Daftar kepada perniagaan yang sediakan platform affiliate. Antara platform/syarikat yang sediakan peluang affiliate:
- Ebay https://partnernetwork.ebay.com/
- Lazada https://www.lazada.com.my/lazada-affiliate-program/
- Amazon https://affiliate-program.amazon.com/
- Trivago https://affiliate.trivago.com/network/affiliate-program
Anda akan diberikan affiliate ID dan URL Link khas untuk anda. ID sebagai pengenalan anda dan link untuk aktiviti perkongsian anda. Melalui link ini, pihak syarikat tahu aktiviti perkongsian link anda.
Jika ada pembelian melalui link ini, komisen akan dibayar kepada anda melalui Paypal atau Direct Debit.
Dropshipping
Dropship adalah membuat promosi produk, menerima tempahan dan bayaran terus daripada pelanggan. Cara-cara untuk menjadi Dropshipper adalah:
- Cari pembekal/perniagaan online/platform yang menawarkan perkhidmatan dropship. Cari sahaja pada Instagram, pasti banyak instagram atau online shop yang membuat kaedah ini.
- Contact dengan pembekal dan dapatkan persetujuan menjadi dropshipper.
- Pembekal akan beri senarai produk dan harga kepada dropshipper.
- Buat promosi guna laman media sosial atau secara direct kepada kenalan. Letak harga sendiri atau harga yang lebih daripada harga dropship.
- Tempahan dan bayaran terus akan dibuat melalui anda.
- Buat tempahan produk kepada pembekal. Pembekal sendiri akan menghantar barang kepada pelanggan.
Kerja Freelance
Freelance atau kerja secara bebas merupakan salah satu cara untuk cari duit tambahan. Anda hanya perlukan laptop dan internet. Kaedah ini adalah dapatkan kerja melalui majikan di alam maya dan Terdapat website yang sediakan perkhidmatan freelance ini seperti:
- Freelancer https://www.freelancer.com/dashboard/
- Upwork https://www.upwork.com/
- Guru https://www.guru.com/
Anda hanya perlu buat akaun melalui website pilihan anda. Kemudian anda akan diberi pelbagai pilihan kerja pada website tersebut. Perlu diingat, anda perlu betul-betul mahir untuk tugas atau kerja yang anda pilih. Jika majikan anda tidak berpuas hati, mungkin anda tidak dibayar. Jangan risau tentang scam dan sebagainya. Anda boleh buat aduan atau dapatkan pertolongan daripada admin website tersebut.
Tukar barang belian ke barang jualan
Bagi pengumpul barang ataupun mempunyai barang-barang peribadi yang tidak mahu digunakan lagi. Anda boleh menjual barang-barang tersebut melalui laman web seperti Carousell dan E-bay. Konsep ini lebih dikenali sebagai jual barang pre-loved. Selain mengelakkan pembaziran, anda boleh mendapatkan duit daripada aktiviti ini. Namun, perlu diingat, barang tersebut hendaklah masih elok dan boleh digunakan. Jangan letak harga yang begitu tinggi pula, ye la kira anda jual barang second hand la kan. Barang-barang seperti buku, alatan sukan dan pakaian sangat sesuai untuk aktiviti ini. Cara ini mungkin tidak begitu menguntungkan, tapi tak salah jika nak mencuba.
Tawarkan servis melalui kemahiran
Setiap orang pasti ada kemahiran dan hobi tersendiri seperti menjahit, bersukan dan lain-lain. Jadi tidak salahnya menjadikan hobi atau kemahiran anda sebagai sumber duit tambahan. Kita dapat tengok sekarang perkhidmatan seperti jurugambar dan make up artist semakin mendapat perhatian. Perkhidmatan dan servis sangat popular juga menguntungkan anda. Anda hanya sediakan servis ini pada hujung minggu atau waktu-waktu tertentu sahaja. Yang paling penting tidak ganggu waktu kerja utama anda. Masa yang agak fleksible dan memberi pendapatan lebih kepada anda. Kemahiran lain yang boleh dijadikan servis kepada pelanggan seperti fitness coach atau sports trainer.
Kerja lebih masa
Untuk mereka yang tidak mahu tambah bilangan kerja, buatlah kerja lebih masa atau overtime di pejabat. Tapi perlu diingat, tak semua syarikat mampu nak bayar pekerjanya yang nk buat overtime. Jadi bincanglah dengan majikan anda.
Buat part time pada selain waktu kerja
Bagi anda yang merasakan ada waktu yang cukup untuk buat part time, anda boleh dapatkan kerja di kedai atau perniagaan yang ambil pekerja sambilan seperti Subway, McDonald dan kedai makan. Yang paling penting anda kena rajin bertanya, kalau tak mana nak tahu kan. Untuk yang ada kemahiran mengajar, anda boleh jadi tutor atau cikgu tusyen. Pekerjaan ini boleh dibuat dengan pusat tusyen atau secara sendiri.
Secara Kesimpulan
Kesimpulannya, ada banyak cara-cara untuk cari duit tambahan jika anda rajin cari. Banyak pilihan yang boleh dibuat mengikut kesesuaian waktu dan kemampuan anda. Usaha dan kecekalan anda juga sangat penting bagi mendapatkan duit tambahan. Jangan terlalu sibuk buat kerja part time sampai lupa tanggungjawab kerjaya utama anda. Cara yang saya senaraikan hanya cadangan dan panduan asas yang anda boleh buat. Jadi selamat mencuba.