CIMB ASB Loan – Adakah ini Loan ASB terbaik?

CIMB ASB Loan

ASB loan merupakan salah satu sumber atau cara untuk anda tambah duit simpanan di samping dapat ganjaran yang berganda. Namun perlu di ingat bahawa, perlu ada cara dan pemahaman yang betul. ASB Loan adalah pembiayaan yang dibuat melaui pihak bank. Bank akan beli sijil ASB daripada ASNB. Anda perlu pegang sijil tersebut dan buat bayaran balik kepada bank. Salah satu ASB loan yang menjadi pilihan orang ramai sekarang adalah CIMB ASB Loan. Oleh itu, mari kita berkenalan dengan ASB loan yang di tawarkan oleh bank CIMB (Commerce International Merchant Bankers).

CIMB ASB Loan

Apa itu ASB Loan?

ASB loan adalah pinjaman yang ada tempoh tertentu yang di kira berdasarkan kadar faedah yang berubah. Ia akan diberikan kepada peminjam secara individu atau individu bersama bagi membiaya pembelian Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Istilah atau rujukan “Unit ASB” bermaksud Unit ASB atau Unit ASB2, yang mana dibeli dan dibiaya oleh Bank. Unit ASB adalah dalam bilangan Sijil Unit ASB seperti yang ditentukan oleh ASNB dengan mengambil kira bilangan sijil yang di pohon oleh anda. Setiap sijil ada nilai tertentu dan anda boleh tentukan nilai sijil tersebut.

Beberapa sebab kenapa CIMB ASB Loan jadi pilihan orang ramai:

Tawaran buat ASB Loan secara Islamik

CIMB ASB Loan sediakan loan secara islamik di mana lebih di percayai dan selamat. Orang ramai sekarang sedar tentang kebaikan perbankan islam kerana ia lebih telus. Namun, anda juga perlu hati-hati dengan loan yang konvensional. Sebelum buat loan, pastika ada perkataan ISLAMIC pada surat tawaran yang di buat.

Tempoh Pinjaman yang lama

Bank CIMB juga tawarkan tempoh pinjaman bermula daripada lima tahun hingga 30 tahun. Ia juga tawarkan hingga umur anda mencecah 65 tahun. Berbeza dengan pelan yang disediakan oleh bank lain iaitu hanya sehingga 25 tahun. Mengapa tempoh lama digemari oleh peminjam? Hal ini kerana, jika tempoh yang diberikan lebih lama, maka bayaran bulanan yang perlu dibuat setiap bulan adalah rendah. Seronok kan?

Margin pembiayaan

Margin pembiayaan yang di berikan melalui ASB CIMB Loan adalah mencecah sehingga 100%. Ia juga  disertai dengan 5% insuran sebagai perlindungan.

Jumlah pinjaman

Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah bermula RM10000 hingga RM200000 kepada anda. Jumlah ini agak tinggi kepada anda yang berminat buat ASB loan.

Tidak disertai Lock-in Period

Lock-in Period adalah tempoh di mana anda tidak boleh batalkan atau cancel loan yang anda dah buat. Kalau anda buat pembatalan, anda akan dikenakan penalti sebanyak 3% daripada jumlah loan di buat. Sebagai contoh, jumlah ASB Loan yang anda adalah RM100K. Anda akan di kenakan caj penalti sebanyak RM3000. Kebanyakan bank-bank lain mengenakan Lock-In Period selama dua atau tiga tahun. Tapi dengan bank CIMB, anda tak akan ada Lock-In period dikenakan kepada anda. Best kan?

Produk CIMB ASB Loan

Ringkasan produk atau pelan yang anda dapat atau di tawarkan oleh CIMB ASB Loan

  • Jumlah Pinjaman: RM 200,000
  • Jumlah Unit ASB dan bilangan Sijil: 200000 unit Amanah Saham Bumiputera / Amanah Saham Bumiputera 2
  • Margin Pembiayaan: 100%
  • Kadar Faedah: Kadar Asas (KA) + 1.30% setahun
  • Kadar Faedah Efektif: 4.15% + 1.30% = 5.45% setahun
  • Tempoh Pinjaman: 30 tahun

Kelayakan memohon CIMB ASB Loan

  • Beberapa kriteria dan kelayakan yang perlu anda patuhi sebelum nak buat pinjaman ini iaitu:
  • Mestilah seorang yang ada status Bumiputera Malaysia
  • Terbuka kepada semua pelabur ASB (di bawah syarat, peraturan dan panduan ASB)
  • Seseorang atau individu yang berumur 18 tahun dan ke atas. Syarat ini perlu disertakan dengan slip gaji bulanan atau bukti pendapatan bulanan. Kalau taka da income, macam mana nak bayar balik kan
  • Individu yang bergelar pelajar tidak layak memohon pinjaman ini

Dokumen yang perlu disediakan semasa buat permohonan CIMB ASB Loan

  1. Salinan kad pengenalan yang baru
  2. Slip gaji bulanan atau bukti pendapatan bulanan anda

Definisi bukti pendapatan:

Untuk mereka yang Makan Gaji atau tidak bekerja sendiri, anda perlu bawak slip gaji bulan yang paling latest atau slip gaji untuk 3 bulan gaji. Anda juga hendaklah sediakan penyata simpanan terkini atau Current/Savings Account statement. Selain itu, anda juga perlukan maklumat penyata terkini EPF atau Latest EPF Statement.

Untuk mereka yang Bekerja Sendiri atau ada perniagaan sendiri, anda perlu ada maklumat terkini penyata enam bulan akaun simpanan atau Current Account statement (Akaun ini mesti berdaftar bawah nama syarikat atau perniagaan). Selain itu, anda juga perlu:

  • Maklumat terkini penyata interest yang diterima lebih daripada 12 bulan
  • Maklumat tentang penyata dividen ASNB statement
  • Maklumat terkini penyata akaun Tabung Haji statement bagi enam bulan

Cara hubungi pihak bank CIMB

Untuk mendapatkan maklumat dan informasi terkini tentang CIMB ASB Loan ini, anda boleh telefon nombor hotline CIMB iaitu +603 6204 7788 untuk bercakap dengan pegawai yang bertugas dan pakar tentang pinjaman ini. Anda juga boleh layari website rasmi bank CIMB di CIMBBank.com.  Dalam website ini, anda akan dapat tahu pasal panduan asas tentang CIMB ASB Loan ini. Disarankan, baca sampai habis isi kandungan website itu. Bagi anda yang ada masa lebih, pergilah ke cawangan bank CIMB yang berdekatan dengan anda untuk dapatkan maklumat terus daripada pegawai yang bertugas mengenai pelan pinjaman.

Tips Membuat Pemohonan CIMB ASB Loan

Pinjaman dan pelaburan yang dibuat melalui bank CIMB ini sangat menguntungkan jika anda tahu cara yang betul. Anda juga pelu bijak dalam uruskan kewangan anda agar hasilnya yang memuaskan. Nasihat saya adalah, sebelum buat sebarang pinjaman atau pelaburan, anda perlu dapatkan nasihat dan panduan yang betul. Anda juga perlu ambil tahu setiap komitmen atau jumlah bayaran balik yang ada mampu bayar setiap bulan. Jangan pelik jika ramai orang di luar sana mampu membeli rumah atau ada kereta sendiri dengan hanya menggunakan pinjaman ASB mereka.

Secara kesimpulannya, CIMB ASB Loan merupakan pinjaman ASB yang selamat dan boleh dipercayai. Ia juga menjadi pilihan ramai orang disebabkan tempoh pinjaman yang lama, margin pembiayaan yang tinggi dan pinjaman yang di sediakan mencecah RM200 ribu. Yang paling penting, CIMB ASB Loan ini menggunakan system perbankan islamik yang lebih telus dan betul. Akhir kata, buat pilihan yang bijak dan tepat. Semoga perkongsian saya ini berguna untuk anda semua. Terima kasih.

3 thoughts on “CIMB ASB Loan – Adakah ini Loan ASB terbaik?

  1. Xpyh buat la. Asb dh x relevan skrg. Bank je untung byk.div br ni pun x lps nk cover byr blk. Siap kena topup 4k lg. Aku apply 200k dgn cimb skali insurans 5 thn. Skali banker bg insurans 23 thn. Hutang plak dgn insurans 9k. Nk byr 200k lg. 9k lg insurans. Merapu je banker cimb ni. Asal komisen msk jdla.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *