Seperti yang kita semua tahu, sebagai rakyat kita perlu membayar cukai-cukai tertentu. Antara cukai yang perlu di bayar ialah cukai pendapatan atau income tax. Setiap cukai yang dikenakan oleh kerajaan negara akan di uruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri atau lebih dikenali sebagai LHDN. Ada beberapa soalan yang jadi tanda tanya kepada semua orang seperti bila saya kena bayar cukai? Apa kelayakan untuk bayar income tax? Macam mana saya nak tau jumlah income tax yang perlu saya bayar? Oleh itu, saya akan cuba kongsikan seberapa banyak yang boleh mengenai cukai pendapatan.
Apa itu Cukai Pendapatan?
Cukai pendapatan adalah salah satu cukai yang dikenakan kepada seseorang atau individu yang ada gaji atau pendapatan tahunan lebih daripada RM25,501. Pendapatan tahunan tersebut adalah selepas potongan KWSP di buat. Anda perlu buat pendaftaran kepada pihak LHDN berkenaan cukai pendapatan anda. Namun jumlah pendapatan ini telah berubah dari tahun ke tahun iaitu bermula RM26,501 pada tahun 2010 dan RM34,000 pada 2013.
Namun pada tahun 2015, golongan yang mempunyai pendapatan melebihi jumlah RM34,000 ini perlu daftar pemfailan income tax. Oleh itu, lebih bagus kalau anda daftar dahulu untuk income tax. Sebagai contoh, sebagai pekerja anda dinasihatkan untuk mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan cukai pendapatan dibuat. Selalunya, majikan akan buat potongan terus melalui gaji bulanan anda.
Cara Pendaftaran Pemfailan Cukai Pendapatan
Jika anda hanya ingin dapatkan nombor rujukan, anda hanya perlu buat pendaftaran secara online di laman sesawang di Hasil EDaftar. Bukan itu sahaja, permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran. Untuk semak income tax anda boleh layari Semak Cukai Edaftar.
Antara dokumen-dokumen yang diperlukan untuk proses pendaftaran adalah:
- Anda perlu sediakan salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini atau Slip Gaji terkini (1 Salinan)
- Kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa (1 Salinan)
- Sijil perkahwinan (1 Salinan-Jika anda sudah berkahwin)
Pengenaan Cukai Pendapatan Untuk Warganegara Asing
Cukai pendapatan juga dikenakan kepada warganegara asing yang duduk di negara ini. Jika anda seorang warganegara asing yang bertugas di negara ini, anda perlu beritahu Cawangan Tidak Bermastautin atau cawangan LHDN Malaysia yang berhampiran. Langkah ini perlu dimaklumkan dalam jangka masa dua bulan dari tarikh ketibaan anda di Malaysia.
Skop Pengenaan Cukai
Pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia akan dikenakan cukai atas semua pendapatan yang diperoleh di Malaysia. Cukai juga dikenakan kepada anda yang ada pendapatan yang diterima dari luar Malaysia. Skop penggenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf mastautin atau penempatan terkini. Pada tahun taksiran 2004, pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia telah dikecualikan daripada bayar cukai. Dengan itu, pembayar cukai sama ada yang bermastautin atau yang tidak bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari dalam Malaysia sahaja.
Kadar Cukai Pendapatan
Secara umumnya, jika anda seorang yang berpendapatan lebih tinggi, anda akan dikenakan kadar cukai yang lebih tinggi setimpal dengan pendapatan yang diperolehi. Kadar peratusan serendah 1% dan paling tinggi 28%. Anda boleh layari Hasil Gov untuk ketahui kadar income tax yang dikenakan.
Pengecualian
Untuk mereka yang layak, tidak akan dikenakan income tax. Bukan semua jenis pendapatan adalah pendapatan bercukai ataupun dikenakan cukai. Terdapat beberapa jenis pendapatan yang dikecualikan cukai. Berikut adalah jenis pendapatan yang dikecualikan cukai:
- Kemudahan perjalanan,
- Kemudahan perubatan,
- Bayaran gratuiti,
- Bayaran pampasan
- Pencen yang diberikan
- Biasiswa yang di berikan
- Faedah dan dividen
- Royalti terhadap sesuatu
- Bayaran untuk sesuatu kepakaran
- Pendapatan daripada hasil kajian saintifik
- Elaun perjalanan
Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa setiap pengecualian cukai pendapatan hendaklah ikut syarat tertentu yang telah ditetapkan.
Potongan Cukai Pendapatan
Selain itu, anda juga akan dapat potogan cukai atas syarat-syarat atau sebab tertentu. Sebagai contoh, derma dan hadiah yang diberikan kepada badan-badan yang diiktiraf kerajaan. Tambahan pula, jika anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti memulakan perniagaan baru, anda akan akan dapat potongan cukai dan dibenarkan potongan daripada pendapatan bercukai. Kadar potongan yang diberikan adalah 7% daripada jumlah pendapatan anda.
Berikut adalah kiraan cukai pendapatan anda:
- Pendapatan tahunan: RM60 000
- Derma atau hadiah diberikan: RM3000
- Potongan cukai adalah sebanyak: RM4200
- Jumlah selepas cukai pendapatan di tolak: RM60 000-RM4200 = RM55 800
Potongan Cukai Berjadual (PCB)
Potongan Cukai Berjadual atau PCB adalah satu cara potongan cukai pendapatan secara berjadual. Ia dapat membantu untuk kurangkan beban bayar cukai pendapatan. Hal ini kerana bayaran dilakukan secara potongan bulanan dan ditolak daripada gaji bulanan yang diterima.
Cara-cara Bayar Cukai Pendapatan
Bagaimana nak bayar cukai? Dekat mana? Ada beberapa cara untuk bayar cukai iaitu melalui FPX, melalui kad kredit dan melalui kaunter pembayaran di LHDN.
Pembayaran Melalui FPX
Perkhidmatan ini menggunakan FPX sebagai cara untuk bayar cukai. Anda hanya perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX. Antara bank yang sediakan perkhidmatan FPX adalah Maybank, CIMB bank, HSBC Bank dan banyak lagi. Cara ini memudahkan anda yang kurang masa dan ingin buat transaksi dengan cepat.
Pembayaran Melalui Kad Kredit
Anda juga boleh bayar cukai pendapatan guna kad kredit. Pembayaran melalui kad kredit seperti VISA, Mastercard dan American Express yang dikeluarkan di Malaysia secara online di BayarHasil Credit Card. Bagi pemegang kad kredit Maybank, terdapat perkhidmatan Ezpay yang disediakan untuk anda bagi pembayaran cukai dengan mudah.
Pembayaran Melalui Kaunter Bayaran
Bagi anda yang berkelapangan, anda juga boleh pergi ke kaunter LHDN untuk buat pembayaran cukai pendapatan anda. Bayaran cukai pendapatan boleh dibuat di kaunter bayaran LHDNM yang terdapat di Jalan Tunku Abdul Halim, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak. Oleh itu, kenal pasti kaunter bayaran LHDN yang berdekatan dengan anda.
Secara kesimpulanya, sebagai rakyat Malaysia adalah jadi tanggungjawab kita untuk bayar cukai pendapatan. Tidak ramai yang ambil tahu tentang tanggungajwab ini. Malah ada antara kita tak sedar yang kita sudah layak untuk bayar cukai pendapatan. Apabila tiba masa anda perlu bayar cukai, anda perlu tahu tentang jumlah yang betul. Dapatkan maklumat yang tepat dan daripada sumber yang betulOleh itu, jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia dengan mengisytihar pendapatan dan juga membayar cukai pendapatan setiap tahun. Pesan saya, jangan ambil mudah tentang pembayaran cukai ini kerana, anda akan di denda nanti.
Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDN di Hasil.Gov.My atau hubungi Pusat Panggilan di talian 1-800-88-5436.