Agak-agak boleh tak dapat $800 dalam masa enam bulan? Skim cepat kaya? Tidak.
Anda berani sahut cabaran kami? Bukan sahaja anda boleh dapat $800 dalam masa enam bulan, malahan anda boleh dapat lebih dari $800.
Jikalau ya, anda ingin mencuba, kami telah mereka plan untuk membantu anda mencapai keinginan itu. Kami telah menamakan nya ’26-week Challenge’ atau Cabaran 26 Minggu.
Cabaran 26 Minggu
Simple. Straight forward. Anda hanya harus menggunakan table di atasĀ ini sebagai rujukan. Contohnya, pada minggu pertama jimat $20. Minggu seterusnya, $21. Teruskan hingga ke minggu-26 ($45). Jika anda berdisiplin dan mengikuti plan kami, anda akan berjaya menyimpan $800 dalam masa enam bulan.
Sesuaikan Cabaran Ini Dengan Kemampuan Anda
Mesti ada yang sedang merungut sebab mempunyai masalah untuk menyimpan $20 dan ke atas setiap minggu. Takpe. Mulakan dengan angka yang sesuai dengan bajet anda. Yang penting, berusaha dan cuba dengan gigih untuk mendisiplinkan diri.
Dan yang mengatakan $800 dalam masa enam bulan itu senang sangat, cuba mula dengan angka yang lebih tinggi.
Maklamat Utama: Memupuk sikap berjimat cermat dalam diri kita.
Printable Checklist
Jikalau anda ingin menyahut cabaran ini, anda boleh download checklist yang telah kami sediakan, print dan tampal di fridge atau mana-mana yang sesuai.