Perniagaan Food truck Malaysia bukanlah sesuatu yang baru dalam negara kita. Ianya secara asasnya hanyalah penjenamaan semula dengan mengambil kira susun atur dan koordinasi jenis perniagaan ini supaya lebih mudah dipantau oleh pihak berkuasa di samping menaikkan taraf perniagaan food truck yang sedia ada. Kalau kita perasan, sudah lama sebenarnya perniagaan food truck ini bertapak di negara kita, biasanya perniagaan seperti goreng pisang,cendol dan rojak yang selalu kita jumpa di tepi-tepi jalan. Namun baru-baru ini, negara kita dilanda trend baru iaitu perniagaan food truck yang lebih sistematik malahan mula membentuk komuniti mereka sendiri.
Kini perniagaan food truck ini telah berwajah baru dengan penyertaan golongan peniaga-peniaga muda yang lebih kreatif dalam memasarkan perniagaan masing-masing. Dianggarkan perniagaan food truck ini telah mampu menjana pendapatan sehingga Rm 20,000 sebulan bergantung kepada produk yang ditawarkan.
Apa yang dijual oleh Food Truck ni?
Sudah tentulah perniagaan food truck Malaysia adalah perniagaan yang berasaskan makanan walaupun kadang-kadang ada juga yang menjual produk lain selain makanan. Jenis-jenis makanan yang dijual di atas food truck ini pula ada had-had yang tertentu kerana keadaan fizikal trak yang di ubahsuai ini mempunyai ruang yang terhad. Kebiasaannya, peniaga menjual makanan-makanan yang mudah disediakan seperti makanan segera, nasi lemak, dan steamboat.
Syarat-syarat yang diperlukan dalam perniagaan food truck
Sebenarnya asas kepada syarat-syarat perniagaan food truck ini sama sahaja seperti syarat untuk perniagaan makanan konvensional yang lain. Perkara pertama yang perlu adalah lesen perniagaan yang boleh didaftarkan di mana-mana Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Perkara kedua yang perlu diadakan oleh anda andalah lesen kenderaan lori (GDL) kerana food truck yang akan digunakan nanti mewajibkan anda mempunyai lessen ini. Perkara ketiga yang anda perlu siapkan adalah kursus pengendalian makanan dan juga suntikan pengedali makanan yang anda boleh dapatkan dimana-mana klinik kesihatan awam ataupun swasta yang tertentu. Sementara itu perkara-perkara sampingan yang lain anda boleh selesaikan kemudian seperti sijil halal.
Apa kelebihan Food Truck Malaysia?
Mobiliti
Ini adalah kelebihan utama yang ada dalam perniagaan food truck Malaysia. Para peniaga tidak perlu lagi berniaga di tempat yang statik dan membina gerai yang tidak boleh di ubah. Dengan adanya food truck, mereka boleh mengubah lokasi perniagaan dengan mudah. Ini akan memberikan peniaga kelebihan mengubah lokasi perniagaan mereka dan bergerak ke lokasi yang lebih ramai pelanggan. Selain itu, mereka juga tidak lagi perlu risau akan kes-kes kecurian dan pecah masuk yang sering berlaku terhadap gerai-gerai konvesional kerana dengan food truck mereka boleh membawa pulang ‘gerai’ mereka balik ke rumah masing-masing.
Kompak
Kalau dilihat, susun atur dalam food truck Malaysia adalah cukup kemas dan teratur. Ini memudahkan peniaga untuk menyusun barang-barang keperluan perniagaan didalam food truck mereka dan yang paling penting tempoh penyediaan makanan untuk pelanggan juga dapat dikurangkan secara total. Sistem yang effisien dan sistematik ini sebenarnya diasaskan daripada dapur restoran-restoran rangkaian makanan segera seperti Mcdonal dan KFC. Proses untuk membuka gerai juga dapat dijimatkan kerana semuanya dalam bentuk kompak dan boleh dilipat-lipat.
Kalis Cuaca
Antara dilema yang selalu dilalui oleh para peniaga gerai atau payung adalah masalah cuaca. Seringkali mereka mengalami kerugian apabila keadaan cuaca yang buruk melanda seperti hujan lebat dan angin kencang. Walaupun khemah-khemah perniagaan yang digunakan boleh di lipat dan disimpan,tetapi selalunya mereka tidak sempat untuk berbuat demikian kerana cuaca yang menyerang secara tiba-tiba.selalunya yang paling terkesan adalah para peniaga yang menjual makanan bermasak. Masalah ini dapat diselaikan dengan mudah sekiranya anda berniaga menggunakan food truck kerana rekabentuknya yang sememang dicipta untul memudahkan proses menutup gerai. Hanya perlu lipat, tutup dan tunggu sahaja hujan lebat reda untuk menyambung semula perniagaan.
Mengurangkan Kos
Setiap perniagaan yang dijalankan pastinya akan melibatkan kos-kos tetap dan kos-kos luarjangka. Perniagaan konvensional yang menjalankan perniagaan dengan kaedah lama seperti lot kedai ataupun gerai, biasanya akan menanggung kos-kos tetap yang sangat membebankan terutamanya yang berniaga di sekitar kawasan bandar yang pesat membangun. Kelebihan perniagaan food truck Malaysia antaranya adalah tiada bayaran sewa premis yang pastinya akan memakan kos yang tinggi. Anda hanya perlu membayar kos sewa beli truck yang digunakan (sekiranya pinjaman) dan boleh menjimatkan banyak wang anda yang boleh disalurkan kepada kegunaan lain. Bayangkan kadar sewa premis di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur biasanya bermula dari Rm3000 sehingga ada yang mencecah RM50000 sebulan dan selalunya terma yang sering digunakan untuk permulaan sewa adalah 3+1 (3bulan kadar sewa + sebulan kadar sewa untuk bulan pertama).
Jadi kalau diikutkan untuk permulaan berniaga makanan, anda perlu menyediakan modal sekurang-kurangnya RM20000-RM30000 untuk penyedia premis sahaja. Itu belum lagi masuk kos-kos pengubahsuaian yang perlu dilakukan mengikut kesesuaian jenis produk/makanan yang anda jual. Selain itu, kos overhead yang selalu menjerut para peniaga tanpa sedar seperti kos elektrik, air dan telefon dapat dikurangkan dalam jumlah yang besar kerana semua elemen tersebut biasanya sangat minima penggunaannya di atas food truck.
Komuniti Food Truck
Trend perniagaan food truck Malaysia ini diadaptasi daripada apa yang berlaku di negara-negara maju seperti USA, Uk dan Canada. Disana perniagaan berasaskan food truck ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Mereka juga mempunyai komuniti food truck mereka sendiri yang biasanya akan berkumpul di suatu tempat yang luas serta ramai pelanggan. Di Malaysia, nampaknya para peniaga foodtruck kita sudah mula mengikut jejak langkah Negara-negara maju ini apabila komuniti food truck telah berjaya dalam beberapa siri program yang dijalankan.
Kelebihan utama apabila para peniaga food truck ini berhimpun didalam suatu kawasan, ialah tumpuan para pelanggan dan juga pelancong mula terarah kearah mereka. Buka setakat itu, penduduk tempatan juga gemar pergi menikmati makanan ditempat himpunan pelbagai jenis food truck kerana mereka akan mempunyai banyak pilihan untuk dicuba dalam satu tempat. Suasana di tempat himpunan food truck juga dapat menarik golongan muda terutanya di kawasan bandar untuk bersantai sambil makan dan minum.
Iklan Bergerak Percuma
Sedar atau tidak inilah yang menjadi kelebihan secara tidak langsung kepada food truck di Malaysia. Ramai usahawan foodtruck telah mula menggunakan badan food truck mereka sebagai medium pemasaran yang amat berkesan. Setiap iklan atau kempen yang anda adakan di badan lori food truck anda akan mencecah ribuan audiens secara tidak langsung setiap hari anda memandu melalui jalan raya. Bentuk grafik yang menarik dan tagline yang catchy pastinya akan diingati oleh setiap pemandu yang ‘terpaksa’ melihat dan membaca iklan anda setiap kali berlakunya kesesakan jalan raya.
One thought on “Food Truck Malaysia: Apa kelebihannya?”
Apakah jenis bahagian fungsian yang terlibat