Rakyat Malaysia pasti biasa dengar perkhidmatan pos laju. Kalau dahulu pos hanyalah perkhidmatan yang bantu kita semua untuk hantar surat kepada ahli keluarga, kenalan dan sahabat handai. Tapi zaman teknologi kini juga mengubah fungsi pos bukan hanya boleh hantar surat dan simpan duit. Servis yang diperkenalkan lebih daripada itu. Ada juga antara kita yang sering guna tapi kurang tahu pasal harga pos laju dan lain-lain perkhidmatan. Mari kita berkenalan dengan Post Laju.
Harga Pos Laju
Apa itu Pos Laju?
Pos Laju merupakan salah satu perkhidmatan di bawah pengendalian Pos Malaysia. Ia merupakan perkhidmatan penghantaran utama di Malaysia. Servis mereka menghubungkan lebih daripada 80% kawasan di seluruh Malaysia termasuk negeri Sabah dan Sarawak. Mereka pegang konsep “Next Day Delivery” atau kata lain, hantar barang hari ini, esok barang akan tiba di tempat kiriman anda. Dengan harga pos laju yang amat berpatutan!
Pos laju juga telah melantik lebih daripada 100 agen seperti IKOBANA (44 cawangan), Mail Boxes Etc. (MBE) (50 cawangan), Kedai Buku MPH (15 cawangan), PROTON Edar cawangan dan pengedar (21 cawangan) dan agen individu (66 cawangan). Usaha ini adalah untuk beri kemudahan kepada semua rakyat Malaysia buat urusan dengan pos laju. Tak semua tempat ada cawangan pos laju ini, oleh itu dengan lantikan agen-agen ini beri peluang kepada mereka yang duduk di luar bandar.
Pos Laju Domestik
Next day Delivery
Perkhidmatan ini janjikan penghantaran barang atau surat keesokan hari (pada hari bekerja). Kalau luar bandar, mungkin akan ambil masa dua hingga tiga hari. Terdapat 1000 cawangan yang disediakan untuk anda gunakan servis ini. Ia juga selamat dan disertai dengan insuran. Di bawah ni ialah pricing table untuk perkhidmatan ini:
Kategori setiap zone:
- Zone 1: Bandar
- Zone 2: Dalam Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah
- Zone 3: Antara Sabah dan Sarawak
- Zone 4: Antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak
- Zone 5: Antara Semenanjung Malaysia dan Sabah
Same Day Delivery
Untuk perkhidmatan ini, kiriman anda akan tiba pada hari yang sama dalam kawasan bandar yang sama. Sebagai contoh, anda buat kiriman daripada Bukit Jalil Kuala Lumpur. Barang itu akan sampai ke Bukit Bintang pada hari yang sama. Perkhidmatan ini juga boleh digunakan untuk hantar barang dalam bandar yang sama. Jenis produk yang boleh di hantar adalah dokumen atau barang yang kurang daripada 1kg. Ia juga selamat dan dan sertai dengan insuran.
Time Certain Service – Waktu Tertentu
Bagi penghantaran produk ini ditawarkan di seluruh cawangan pos laju. Jenis produk yang boleh dihantar melalui khidmat ini adalah dokumen dan barang. Sebanyak RM3.50 dikenakan sebagai harga pos laju. Penghantaran akan ikut servis standard pos laju. Waktu penghantaran pada 10 pagi (hari bekerja) untuk keseluruhan bandar di Semenanjung Malaysia. Ia juga disertakan dengan insuran.
Borneo Economy Express
Perkhidmatan ini hanya disediakan untuk mereka yang berada di Sabah dan Sarawak. Penghantaran barang atau dokumen hanya dibuat dari Sarawak atau Sabah ke Semenanjung Malaysia. Berat barang mesti lebih daripada 2kg. Pakej ini juga ada diskaun sebanyak 36% dan insuran ada disediakan. Sekiranya, anda terlepas waktu barang sampai ke rumah, anda perlu ke cawangan pos laju yang terdekat untuk ambil pos tersebut.
Putrajaya Express
Servis Putrajaya Express hanya ada pada beberapa kawasan tertentu iaitu Kuala Lumpur, Cheras, Batu Caves, Petaling Jaya, Bandar Baru Bangi, Balakong, Putrajaya, Kepong, Shah Alam, Kota Damansara, Klang dan Puchong. Jenis dokumen tidaklah ebih 2kg dan caj yang dikenakan adalah RM12. Lebih baik jika anda hantar barang teresebut sebelum 12pm pada hari Isnin hingga Jumaat. Insuran juga termasuk (jika perlu).
Pos Laju Prepaid Box & Envelope
Kepada mereka yang sering buat penghantaran barang terutamanya mereka yang berniaga online. Perkhidmatan ini gunaka tiga konsep utama iaitu Pay (Bayar), Pack (Bungkus) dan Post (Pos). Anda perlu buat bayaran kat kaunter. Bayaran tersebut adalah untuk bekas atau sampul yang dijual kat kaunter. Lepas itu, bungkus barang tersebut dan hantar. Servis ini ada di semua cawangan Pos Malaysia dan kiosk atau agen Pos Laju. Terdapat dua jenis bekas iaitu kotak dan sampul. Berikut adalah senarai harga pos laju untuk bekas tersebut:
Jenis | Envelope S | Envelope L | Prepaid Box S | Prepaid Box M | Prepaid Box L |
Saiz | 280mm x 200mm | 380mm x 320mm | 340mm x 250mm x 80mm | 340mm x 250mm x 150mm | 380mm x 320mm x 200mm |
Berat Max | 500g | 1kg | 2kg | 5kg | 10kg |
Harga | RM7.31 | RM10.49 | RM13.78 | RM21.20 | RM31.80 |
Gambar | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Pos Parcel
Pos laju juga masih kekalkan penghantaran parcel biasa seperti Ordinary Parcels, Insured Parcels dan Cash-On-Delivery Parcels. Berat maximum bagi servis ini adalah 30kg. Setiap parcel ada ukuran tertentu iaitu panjang mestilah 1.05 meter hingga 2.00 meter termasuk ukur lilit.
Pos Ekspres and Pos Ekspres Xpresdrop
Perkhidmatan Pos Ekspres dan Pos Ekspres Xpresdrop merupakan khidmata penghantran yang paling laju dan memudahkan bagi mereka yang nak hantar surat atau dokumen dengan cepat. Servis ini termasuk dalam perkhidmatan Next Day Delivery untuk kawasan coverage Pos Laju.
Bagi perkhidmatan Pos Ekspres ini, ada sampul mereka tersendiri. Berikut adalah empat jenis sampul standard yang disediakan:
Jenis | LG | LE (C5) | LD (B4) | LK |
Saiz | 220 mm x 110 mm | 229mm x 162mm | 353mm x 250mm | 340mm x 250mm |
Berat Max (gm) | 100 | 250 | 500 | 1000 |
Ketebalan Max | 3mm | 5mm | 10mm | 25mm |
Harga (RM) | 3.18 | 3.71 | 4.77 | 7.42 |
Gambar | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Pos Laju Antarabangsa International Delivery
Bagi anda yang nak hantar barang ke luar negara, jangan bimbang kerana pos laju juga tawarkan khidmat penghantaran ke luar negara. Pos laju boleh hantar ke 232 negara melalui EMS (Express Mail Service) dan syarikat yang buat penghantaran barang secara global. EMS (Express Mail Service) adalah syarikat yang tawarkan perkhidmatan pos secara global melibatkan penghantaran ke hampir seluruh negara. Anda boleh buat urusan ini di lebih daripada 1200 cawangan termasuk pejabat pos utama, mini pos dan agen yang dilantik. Dokumen atau barang yang akan dihantar ke luar negara tersebut boleh sehingga 30kg. Setiap destinasi akan ada jumlah berat tertntu untuk setiap pos. Barang akan dihantar betul-betul depan pintu rumah penerima. Anda juga boleh track dan trace kiriman anda secara online pada website rasmi pos laju. Setiap destinasi dan penghantaran akan dikenakan caj tertentu.
Kesimpulan tentang Harga Pos Laju
Kesimpulannya, harga pos laju adalah berbeza mengikut pakej atau jenis perkhidmatan yang anda pilih. Kalau penghantaran ke dalam negara lebih murah berbanding luar negara. Pastikan anda kenal pasti jenis barang atau dokumen yang mahu dikirim sebelum ke pejabat pos. Ini untuk elak sebarang masalah di kaunter pos Malaysia nanti. Dapatkan maklumat yang betul daripada pejabat pos terdekat atau layari https://www.poslaju.com.my/
10 thoughts on “Harga Pos Laju: Perkhidmatan Yang Anda Perlu Tahu”
Nak Tanya jika sy nak POS makanan sejuk beku
Satu packing Di anggaran berat 17 – 20kg
Boleh tahu berape harga nya..hubungi sy atau wassap sy 0193191027
Saya minta kirim selembar sijil kemahiran, tapi orang yg brtanggungjwab untuk post minta bayaran rm.100 untuk hantai sijil tu dari kl ke kota kinabalu.. pelik tapi benar…. nama penerima ruben berah tedorus. Kos pos sehelai kertas sijil rm,100 sampul di salut emas kot yer…
Rasanya boleh hubuungi pihak bertanggungjawab. Sebab ini berkait perkara rasmi. Andai harganya sebegitu mesti ada paparan di halaman web rasmi.
says nk tanya..klu barang return wang boleh d kembali kan lagi atau mcm mna
Kalau saya nak pos barang 30kg dr selangor ke sabah paling murah pekej pos brapa yaa.. 01116037291
Saya nak tanya… Kalau dari Semenanjung nak Kirim Dekat Sarawak… Bila agaknya Sampai ke Sarawak? Tolong Bantu Saya… Terima Kasih…
Nak tanya kalau saya nak pos makanan yang berasaskan coklat, dalam anggaran berat 400-500 gm, berape harga ye?
Saya nk pos barang berat lebih kurang 30 kg ,berapa kos penghantarannya
saya nak tahu tempoh penghantaran pos domestik udara dari sarawak ke johor berapa hari. terima kasih
Kalau saya post barang makanan yg 250gram, berapa ya?