Bisnes Fokus

Idea Bisnes Yang Boleh Meletop!

the-usahawan-cover-picture-7

Idea Bisnes Yang Boleh Meletop!

Bila kita lihat di sekeliling kita dengan minda yang terbuka, kita dapat saksikan berbagai peluang bisnes. Di dalam artikel ini, kami akan ketengahkan idea-idea bisnes yang boleh meletop, namun tak mahal untuk mendirikannya.

  1. Khidmat Mengajar Warga-Warga Emas tentangTeknologi

Di dalam dunia yang mementingkan teknologi, ada kalanya warga emas merasa ketinggalan. Ramai warga emas yang kurang mahir ber-Whatsapp dan lungsuri leleman web. Mereka sebenarnya minat dengan teknologi-teknologi sekarang, lagi-lagi melungsuri lelaman web untuk video on demand. Skill-skill ini sangat penting untuk berkomunikasi dan mencari informasi ataupun mendapatkan berita terkini.

  1. Khidmat Menyediakan Photobooth

Kamera- Pinjam

Mesin Pencetak- Pinjam

Khidmat ‘photobooth’ memang sangat terkenal di US. Ia akan menjadi terkenal di negeri kita tak lama lagi. Untuk menambah ilmu dan ilham tentang idea-idea photobooth, anda boleh ke Pinterest. ‘Custom’ props pun sangat penting untuk membuat khidmat photobooth anda lebih menarik.

  1. Khidmat Konsultan Design

Jika anda berminat dalam bidang design, contohnya ‘Interior Design’, anda boleh membina page Instagram untuk mempamerkan design-design high end atau trend-trend rumah terkini. Kemudian, anda tawarkan servis untuk mencari barangan-barangan yang serupa tetapi tidak semahal barangan high end tersebut.

  1. Designer Freelance

Banyak peluang kerja secara online yang boleh didapatkan di upwork.com ataupun fiverr.com. Bayangkan di fiverr, kos minima yang anda boleh kenakan ialah USD$5. Anda boleh mendapat bayaran ini dengan memberi servis design logo ataupun poster. Satu job sekurang-kurang RM20. Kalau sebulan katakan dapat 10 job, dah dapat RM200. Boleh buat secara part-time. Memang saingan senget untuk mendapatkan job di sini. Jadi anda harus sediakan portfolio yang impressive dan tunjukkan kepada bakal klien anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *