Laptop Terbaik Untuk Bisnes Anda

Laptop Terbaik Untuk Bisnes

Terdapat dua perkara utama dalam tajuk kali ini. Pertama laptop ataupun computer riba dan perkara kedua adalah bisnes. Di dalam dunia yang serba moden sekarang ni, kedua-kedua perkara ini memang tak dapat nak dipisahkan. Berkembangnya industry e-dagang telah menyebabkan peralihan cara setiap perniagaan dijalankan hatta jual keropok lekor tepi jalan pun dah guna e-dagang dan laptop terbaik untuk bisnes.

Setiap tahun, laman web e-dagang yang terkenal seperti shopee dan lazada mencatatkan jualan berbilion ringgit. Pokoknya disini, kalau nak berbisnes sama ada anda start up bisnes ataupun syarikat minyak gergasi sekalipun, pastinya anda memerlukan perantara di antara perniagaan anda dan juga dunia internet iaitu komputer.

Kenapa Laptop Bukan Komputer Peribadi?

Saya sendiri bukanlah penggemar laptop. Pada awal kemunculan laptop dulu, tak ada rakan-rakan saya yang berani nak pakai kerana laptop ni kerana dianggap terlalu feminine dan lelaki sejati (kononnya) tak akan guna laptop. Sama macam pandu kereta manual dengan auto la, sanggup lenguh kaki pandu kereta manual dalam jam.

Tambahan pula laptop generasi pertama dulu sekadar aksesori sahaja kerana ianya tidak dapat berfungsi sebaik komputer peribadi. Namun, penambahbaikan berterusan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat pengeluar laptop ini telah berjaya menghasilkan laptop yang setanding dengan komputer peribadi, malahan ada beberapa model laptop kini yang cukup berkuasa melebihi komputer peribadi.

Jadi sebagai seorang usahawan ataupun ahli perniagaan, laptop mempunyai banyak kelebihan berbanding komputer peribadi antara yang paling utama adalah kerana saiznya yang cukup kompak untuk dibawa ke mana-mana. Walau bagaimanapun, terdapat beribu-ribu model laptop di luar sana yang mempunyai spesifikasi yang berbeza-beza.

Sebagai rujukan anda, saya akan senaraikan beberapa model laptop yang sesuai digunakan untuk perniagaan anda.

7 Laptop Terbaik Untuk Bisnes Anda

Lenovo ThinkPad X1 Carbon (7th Gen)

Spesifikasi:

  • CPU: Intel Core i5/Core i7
  • GPU: Intel UHD 620 RAM: 8GB/16GB
  • Storage: 256GB/512GB/1TB SSD 
  • Display: 14-inch, 1080p or 4K
  • Size: 12.7 x 8.5 x 0.6 inches
  • Weight: 2.5 pounds

Harga Jualan: RM 6,650.68

Laptop ini memang menjadi pilihan utama untuk kegunaan bisnes di seluruh dunia. Tahun lepas model yang sama(6th gen) juga menduduki carta teratas dalam pilihan laptop untuk bisnes di seluruh dunia. Sudahlah cantik, pakej yang ditawarkan juga menarik.

Antara faktor utama kenapa laptop ni jadi pilihan, adalah kerana ianya sangat ringan dan mempunyai jangka hayat bateri yang panjang melebihi pesaingnya yang lain.

Dell Latitude 7400 2-in-1

Spesifikasi:

  • CPU: Intel Core i5/Core i7
  • GPU: Intel UHD 620
  • RAM: 8GB/16GB |
  • Storage: 128GB/256GB/512GB/1TB/2TB
  • Display: 14-inch, 1080p
  • Size: 12.6 x 7.9 x 0.6 inches
  • Weight: 3 pounds

Harga Jualan:  RM 5474.15

Dari segi reka bentuknya, laptop ini tidaklah terlalu menonjol tetapi yang menjadikan laptop ini pilihan ramai adalah kerana jangka hayat baterinya yang cukup lama iaitu 13 jam tanpa henti. Laptop ini juga mempunyai kelebihan dari segi fleksibilitinya dan tahan lasak.

Laptop ini juga mempunyai sistem log masuk canggih yang mana ianya menggunakan sensor yang mengesan kehadiran anda. Kalau takut rumah kena masuk pencuri boleh cuba letak laptop ni depan pintu rumah.

HP Elite Dragonfly

Spesifikasi:

  • CPU: Intel Core i3/i5/i7
  • GPU: Intel UHD 620
  • RAM: 8GB/16GB
  • Storage: Up to 2TB
  • Display: 13.3-inch, 1080p or 4K
  • Size: 12 x 7.8 x 0.6 inches
  • Weight: 2.2 pounds

Harga Jualan: RM 6500

Laptop ini baru sahaja dilancarkan di Malaysia sekitar November yang lepas. Perkara pertama dalam kepala bila nampak laptop ni adalah cantik bergaya. Warnanya yang agak biru gelap menampakkan gaya yang elegan. Bukan setakat tu, laptop ini juga adalah antara yang paling ringan setakat ini.

Laptop ini juga mempunyai penyambung yang fleksible dan membolehkan ianya ditukar kepada tablet. Papan kekunci yang dianggap paling selesa dan sangat sesuai untuk kegunaan bisnes yang banyak menaip. Ianya juga datang dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan seperti kamera IR dan sensor cap jari.

Apple MacBook Pro

Spesifikasi:

  • CPU: Intel Core i7/Core i9
  • GPU: Radeon Pro 5300M/5500M
  • RAM: 16GB/32GB/64GB
  • Storage: 512GB/1TB/2TB/4TB/8TB
  • Display: 16-inch, 2072 x 1920
  • Size: 14.1 x 9.7 x 0.6 inches
  • Weight: 4.3 pounds

Harga Jualan: RM 11,000

Ok, Apple ni semua orang pun tahu harganya memang keras sikit. Untuk model terbaru ni, Apple dah menambahbaik papan kekunci laptop ini dengan Magic Keyboard untuk keselesaan pengguna. Salah satu kelebihan laptop ini adalah simpanan datanya yang mencecah 8TB.

Rasanya dah tak perlu nak beli external hard disk lagi kalau simpanan data sebesar ini. Kepada yang mampu dan nak nampak bergaya bolehlah cuba laptop ini.

HP ZBook Studio x360 G5

Spesifikasi:

  • CPU: Intel Core i5/Core i7/Xeon
  • GPU: Intel UHD 630/Nvidia Quadro P1000
  • RAM: 8GB/16GB/32GB
  • Storage: 256GB/512GB/1TB/2TB
  • Display: 15.6-inch, 1080p or 4K
  • Size: 14.2 x 9.7 x 0.8 inches
  • Weight: 4.9 pounds

Harga Jualan: RM 5800

Laptop ini menjadi pilihan mereka yang banyak menggunakan grafik dan software untuk proses merekabentuk. Prestasi skrin laptop ini adalah yang terbaik dan memberikan kepuasan kepada pengguna.

Skrin laptop ini juga boleh berfungsi sebagai papan panel sesentuh(touch screen) yang mungkin memberikan lebih banyak ruang penggunaan. Sedikit kekurangan laptop ini adalah ianya agak berat berbanding laptop-laptop yang lain.

Dell Precision 7730

Spesifikasi:

  • CPU: Intel Core i5/Core i7/Xeon
  • GPU: Up to Radeon Pro WX 7100/Up to Quadro P5200
  • RAM: 8GB/16GB/32GB/64GB/128GB
  • Storage: 500GB (HDD)/256GB/512GB/1TB/2TB/4TB
  • Display: 17.3-inch, 1080p or 4K
  • Size: 16.3 x 10.8 x 1.2 inches
  • Weight: 7.5 pounds

Harga Jualan: RM 8,470

Laptop ini agak berat kerana saiznya yang agak besar. Kepada mereka yang banyak menggunakan aplikasi-aplikasi yang memerlukan prestasi dan kuasa, maka laptop ini patut dipertimbangkan kerana ianya mempunyai kuasa yang cukup kuat.

Kad grafik Nvidia Quadro yang terdapat di dalam laptop ini menjadikannya pilihan untuk aplikasi model 3D. Selain daripada itu, papan kekunci laptop ini juga amat selesa untuk proses menaip yang panjang.

Acer TravelMate P6 P614

Spesifikasi:

  • CPU: Up to Intel Core i7
  • GPU: Intel HD 620
  • RAM: 8GB/16GB
  • Storage: 256GB/512GB
  • Display: 14-inch, 1080p
  • Size: 12.8 x 9.1 x 0.7 inches
  • Weight: 2.7 pounds

Harga Jualan: RM 5,700

Laptop ini adalah yang paling lasak untuk mereka yang selalu bekerja di luar kawasan terutama di tempat-tempat yang agak mencabar. Sekali tengok sahaja pada rupabentuk laptop ini anda akan tahu yang ianya bukanlah laptop untuk bergaya.

Akan tetapi ketahanan yang ada pada laptop ini membuatkannya menjadi pilihan usahawan-usahawan yang terlibat dengan aktiviti di kawasan yang mencabar seperti perladangan,pertanian dan lain-lain. Badan laptop ini diperbuat daripada gentian karbon yang menjadikannya ringan tapi kuat. Tambahan pula, jangka hayat bateri laptop ini mampu mencapai sehingga 20 jam penggunaan tanpa henti.

Laptop Yang Mana Paling Sesuai?

Sekarang sudah terdapat banyak pilihan untuk anda. Soalannya hanya kesesuaiannya untuk anda dan bisnes anda. Jadi sebelum membeli sebuah laptop, pastikan anda tahu apa yang anda inginkan dalam sebuah laptop kerana setiap kegunaan itu memerlukan spesifikasi yang berbeza-beza. Dan pastinya berapakah budget anda untuk membeli laptop terbaik untuk bisnes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *