Menaikkan Trafik Website Dengan Menggunakan Freelance Blogger

Menaikkan Trafik Website Dengan Menggunakan Freelance Blogger

Bila sebut tentang blogging, ramai yang masih berpendapat bahawa blogging bermakna journal atau diary entry. Namun, blogging telah melalui sebuah evolusi dan telah menjadi sesuatu taktik pemasaran yang sangat berkesan.

Jika anda ingin menggunakan khidmat servis blogger untuk menaikkan trafik website atau mempromosikan bisnes online anda, anda harus bijak membuat pilihan. Tidak semua blogger pandai untuk menarik trafik ke blog anda. Blogger tersebut perlu mempunyai skill2 dan kemahiran untuk melakukan perkara-perkara yang akan saya kongsi di bawah.

6 Kemahiran Penting Seorang Blogger

Tulis artikel yg menarik

Bukan mudah untuk menulis artikel yang menarik. Artikel yang berkualiti memerlukan pengalaman dalam menulis dan mencari2 bahan2 untuk disertakan dalam artikel. Artikel harus memberi value kepada pembaca supaya pembaca boleh mempelajari dan mempraktikkan sesuatu dari artikel itu.

Menggunakan Social Media Dengan Bijak

Memang tidak boleh nafikan yang kita banyakkan habiskan masa dengan social media. Platform seperti facebook, Instagram dan twitter memang mempunyai ramai peminat. Tapi kita harus reach out kepada pembaca dengan menggunakan lebih platform seperti Snapchat, reddit dan lain2 lagi.

Dengan menggunakan social media, kita boleh menarik perhatian pembaca untuk ke blog kita dengan tulisan caption yang memukau.

Search Engine Optimization (SEO)

Hmm ini memang agak sukar untuk sesiapa yang belum mempunyai pengalaman dalam SEO. Seseorang blogger harus merancang dengan strategic sebelum menulis artikel. Blogger harus merancang untuk menyertakan keywords dengan cara yang natural. Contohnya, jika artikel tersebut tentang ‘kewangan peribadi’, blogger itu boleh menaikkan SEO artikel tersebut dengan menggunakan SEO tools seperti Semrush dan Ubersuggest untuk mencari2 keyword yang boleh diselitkan dalam artikel tersebut.

Ini amat penting untuk memaparkan artikel anda di search halaman yang serendah mungkin.

Headline yang Memukau

Memilih sesuatu headline yang memukau bukannya senang. Seseorang blogger yang berpengalam tahu menulis headline yang dapat memukau si pembaca kerana dia tahu apa yang seseorang pembaca mencari dan inginkan.

Headline yang menarik boleh membuat ramai orang ingin membaca artikel tersebut, membawa trafik ke website anda.

Mempamerkan Artikel2 Baru Dengan Lebih Cepat

Dengan melihat jarak masa antara artikel dan betapa relevannya artikel anda, seseorang pembaca akan mendapat rasa komitmen pemilik website tersebut. Lagi2 jika seseorang pembaca sedang menunggukan artikel2 baru dari website anda namun anda mengambil masa yang lama untuk mempamerkan artikel baru anda.

Google dan search engine lain ‘suka’ dengan konten2 segar. Berapa artikel harus diterbitkan dan dipamerkan setiap minggu? Sekurang2nya tiga. Senang sahaja kalau kita mempunyai blogger untuk menulis 3-4 artikel setiap minggu.

Menyertakan Social Media Sharing Widget atau Butang

Kita harus melengkapi sebuah artikel dengan menyertakan social media sharing butang di tepi ataupun bawah artikel. Mengongsikan artikel ini menjadi senang dengan beberapa klik sahaja.

Dengan adanya banyak share atau kongsian, artikel anda boleh menjadi viral dan menarik pembaca ke website anda.

Kesimpulan

Mengupah seorang blogger berpengalaman amat berbaloi. Mudah sungguh untuk anda mendapatkan khidmat seseorang blogger yang berpengalaman dan bersemangat untuk menulis artikel2 berkualiti untuk website anda.

Anda boleh meminta sample2 ataupun portfolio ketika interview seseorang blogger untuk melihat keupayaannya. Walaupun anda tidak mempunyai pengalaman dalam sesuatu bimbang, jangan khuatir. Tentu ada blogger yang boleh menuliskan artikel yang baik berkenaan keinginan anda. Dan jika website anda menjadi viral untuk sebab2 yang positif, jangan lupa memberi ganjaran kepada blogger yang anda mengupah dengan memberinya tugas2 baru ataupun menuliskan positif review tentangnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *