Bila kita dengar perkataan ‘mulakan bisnes’, mesti kita kaitkan dengan kos set-up yang tinggi. Benarkah bisnes hanya untuk yang berkemampuan? Takde ke bisnes untuk yang kurang duit modal?
Jangan bimbang. Di dalam post ini, kami akan menunjukkan anda cara-cara memulakan bisnes dengan kos yang minima.
1) Mulakan bisnes secara part-time dulu
Dengan memulakan bisnes secara part-time, kita boleh pelajari tentang bisnes dan menimba pengalaman. Mesti rajin untuk monitor progress dan jika bisnes itu sesuai untuk kita ke tidak. Jangan letak jawatan terus kalau boleh.
2) Menggunakan Apa yang Ada
Jika anda ingin memulakan bisnes yang memerlukan kos yang rendah, lihat sekeliling rumah anda. Cari ‘resources’ atau bahan-bahan yang boleh anda gunakan. Contohnya, memulakan bisnes memasak/ katering. Periuk, kuali, pisau semua da ada. Hanya perlu keluarkan modal yang sikit untuk membeli perkakas lain.
3) Jual skill/ kapakaran anda
Pandai menulis? Melukis? Mempunyai suara yang lunak? Biasa transcribe? Anda boleh memulakan bisnes dengan menjual skill anda. Untuk ini, kos nya $0.
4) Gunakan barang-barang percuma
Jika anda tidak mempunyai WIFI, anda boleh berkerja secara online di kafe dan kedai makan yang memberi WIFI secara percuma. Jangan lupa untuk order air ya.
Terdapat juga pelbagai software di Internet yang percuma untuk anda gunakan dalam bisnes anda.