Peluang perniagaan francais yang bermodal rendah

Peluang perniagaan francais yang bermodal rendah

Apa itu Francais? Satu perkataan yang sangat lunak disebut oleh semua orang tak kira muda atau tua. Persoalannya sekarang anda tahu ke apa itu peluang perniagaan francais? Kepada yang dah tau teruskan sahaja ke tajuk seterusnya, tapi kepada yang tak tahu biar saya cuba huraikan terlebih dahulu serba sedikit tentang benda alah yang dipanggil francais ini. Sekurang-kurangnya tidaklah terkial-kial nak jawab kalau ada yang bertanya nanti kan. Menurut definisi, Francais bermaksud hubungan perniagaan berterusan diantara dua pihak iaitu Franchaisor (Pemilik produk/servis) dan juga Franchaisee (Anda/Pelabur) di mana pihak Franchaisor akan mengeluarkan lessen kebenaran kepada franchaisee untuk menjalankan perniagaan menggunakan produk ataupun jenama Franchaisor. Pihak franchaisor juga akan menawarkan bantuan dalam bentuk latihan, pentadbiran, pemasaran dan pengurusan dengan mengenakan kadar bayaran yang tertentu.

Analogi Perniagaan Francais

Sebagai analoginya, andaikan Pak Mat (Franchaisor) membuka sebuah restoran bernama Kedai Makan Pak Mat (Jenama) di kampung anda. Melihat kepada potensi yang ditunjukkan oleh jenama kedai Makan Pak Mat ini, anda (franchaisee) berasa yakin untuk membuka Kedai Makan Pak Mat di Kuala Lumpur. Walaupun begitu anda tidak boleh sembarangan membuka cawangan Kedai Makan Pak Mat kerana nanti tak pasal-pasal kena saman dengan Pak Mat.

Oleh itu, anda pun meminta kebenaran daripada Pak Mat untuk menggunakan jenama restoran beliau untuk membuka cawangan baru di Kuala Lumpur. Apabila Pak Mat bersetuju dan melantik anda sebagai Franchaisee beliau, maka anda akan diberi latihan tentang cara memasak mengikut spesifikasi Kedai Makan Pak Mat. Anda juga mungkin perlu membeli beberapa kelengkapan dan perlatan yang khas daripada Pak Mat. Melalui cara ini lah Pak Mat akan beroleh keuntungan daripada konsep franchaising ini.

Walau bagaimanapun, setiap perniagaan francais mempunyai kaedah perkongsian keuntungan yang berbeza-beza. Ada yang mengenakan royalti, cas pengiklanan, komisyen jualan dan sebagainya. Sebagai contoh, pada awal penubuhan Mcdonals dahulu, mereka mendapatkan keuntungan perniagaan francais daripada tapak-tapak yang disewakan/dijual kepada franchaisee mereka. Syarat yang dikenakan kepada sesiapa yang ingin membuka restoran Mcdonals ialah wajib membina atau membuka restoran mereka di tapak-tapak ataupun premis-premis kepunyaan Mcdonals sahaja. Dalam erti kata lain, mereka sebenarnya berniaga hartanah bukannya berniaga burger atau kentang goreng. Bijak kan?

Peluang perniagaan francais sebenarnya ini sangat luas di seluruh dunia dan semakin diminati di Malaysia mungkin kerana cara pelaksanaannya yang agak mudah ditambah pula dengan kemunculan jenama-jenama francais yang hanya memerlukan modal yang kecil untuk anda bermula. Di sini saya akan menyenaraikan beberapa jenama perniagaan francais yang memerlukan kos yang rendah dan sederhana. Yang mana kos permulaan melebihi RM 1 juta tu, tidak akan disenaraikan walaupun sangat popular seperti KFC, MCdonals, Pizza Hut, dan jenama stesen-stesen Minyak. Itu semua modalnya keras sangat.

6 Peluang perniagaan francais

Nelson’s

Jagung dalam cawan. Itulah mercu tanda jenama Nelson’s ini. Sekali dengar namanya mesti ingat Nelson’s ni jenama luar negara macam Mcdonals dan KFC tapi sebenarnya syarikat ini adalah syarikat yang diasaskan di Malaysia. Sekarang dah jadi salah satu jenama yang gah dalam Malaysia dengan  lebih 1000 cawangan di 17 buah negara. Modal permulaan untuk peluang perniagaan francais ini sangat lah rendah dan hampir mampu dibuat oleh sesiapa sahaja. Konsep perniagaan gerai kecilnya juga membantu mengurangkan kos permulaan bagi pelabur yang ingin menceburi perniagaan Nelson’s.

  • Modal Pelaburan Permulaan: RM 15,000 – RM 60,000
  • Bayaran Francais: RM 5,000 – RM 12,000
  • Royalti: Tiada

Vincci

Sebuah jenama perniagaan kasut wanita yang memang cukup popular dikalangan rakyat pertengahan dan berpendapatan rendah kerana harganya yang sangat berpatutan. Saya nak ulas panjang-panjang pasal fesyen kasut wanita ni pun tak berapa nak pandai juga tapi yang pasti cawangan Vincci ni memang meluas dengan lebih 100 cawangan di Asia tenggara,negara-negara Timur tengah dan juga di Afrika Selatan. Jenama Vincci ni juga sebenarnya dah lama bertapak sejak 1981 lagi. Ini menunjukkan ianya adalah sebuah jenama yang sangat kukuh dan kerana inilah ramai pelabur yang yakin untuk mengambil peluang perniagaan francais ini dan membuka cawangan francais di atas jenama Vincci. Modal permulaannya juga agak rendah tetapi bayaran francais boleh tahan juga la (Mentang-mentang la popular).

  • Modal Pelaburan Permulaan: RM 38,000
  • Bayaran Francais: RM 400,000
  • Royalti: 4%

Kyros Kebab

Yang ini agak unik sedikit sebab agak jarang kita dengar restoran makanan segera berasaskan kebab. Walaupun begitu Kyros Kebab tetap berjaya menembusi pasaran Malaysia dek kerana masyarakat kita sebenarnya dah biasa sangat dengan Kebab, tambah-tambah kebab yang jual kat pasar malam tu. Apa yang menarik tentang Kyros Kebab ni adalah produk-produk yang mereka tawarkan adalah makanan yang sihat dan tidaklah seperti kebanyakan produk makanan segera lain yang bakal memberikan anda obesiti dan kencing manis. Disebabkan oleh keunikan ini, maka francais Kyros kebab ni dah mula diminati terutamanya di kawasan kompleks beli belah di bandar-bandar besar. Al maklumlah, sekarang ni makanan yang berasaskan kesihatan ni sudah mula popular sebab ramai nak jadi abang sado macam artis. jadi inilah peluang anda untuk memenuhi segmen pasaran yang sebegini.

  • Modal Pelaburan Permulaan: RM 120,000 – RM 285,000
  • Bayaran Francais: RM 50,000
  • Royalti: 5%
  • Cas Pengiklanan: 1%

Bonia

Sebuah jenama antarabangsa yang dah ditubuhkan sejak 1974. Bonia ni memang terkenal dengan barang-barang fesyen dan kulit yang boleh dianggap agak mewah bagi golongan berpendapatan rendah. Walaupun begitu, produk-produk Bonia tetap laris dipasaran, apabila kita dapat lihat hampir setiap pusat beli belah yang besar pasti jenama Bonia ni wajib ada sebagai salah satu segmen dalam pusat beli belah tersebut. Kos permulaan untuk membuka cawangan francais Bonia juga tidaklah semewah jenamanya. Ianya masih dikira rendah kalau nak dibandingkan dengan jenama-jenama antarabangsa yang lain.

  • Modal Pelaburan Permulaan: RM 145,000
  • Bayaran Francais: RM 20,000
  • Royalti: 2%

Smart Reader

Asyik makanan je, kali ni kita beralih pula ke segmen francais pendidikan. Memang sangat jarang industri pendidikan dijadikan bidang francais, tetapi tahap kesedaran ibu bapa moden zaman sekarang sudah mula menitikberatkan pendidikan anak-anak mereka menjadikan peluang buat Smart Reader untuk mengembangkan industri pendidikan awal kanak-kanak. Sebenarnya bidang pendidikan awal kanak-kanak ini sudah lama bertapak di negara-negara maju tetapi di Malaysia ianya baru nak berkembang. Tambahan pula dengan sokongan padu daripada pihak kerajaan, bidang pendidikan awal kanak-kanak pastinya akan menjadi satu industri yang besar dalam beberapa tahun akan datang. Oleh itu, cepat-cepatlah rebut peluang ini sebelum terlambat.

  • Modal Pelaburan Permulaan: RM 230,000
  • Bayaran Francais: RM 30,000 – RM 40,000
  • Royalti: 20%

7 Eleven

Rasanya semua orang kenal akan rangkaian kedai beraneka 24 jam ni. Boleh dikatakan di setiap ceruk dalam Malaysia ni pasti ada kedai 7 Eleven. Model bisnes yang diperkenalkan oleh 7 Eleven telah menjadikan rangkaian kedai 24 jam mereka sebagai nombor satu dalam Malaysia. Jenama 7 Eleven ini sudah wujud sejak 1946 lagi di US dan mula membuka cawangan di seluruh dunia. Oleh kerana permintaan yang tinggi untuk jenama mereka, 7 Eleven dah berjaya membuka lebih daripada 2000 cawangan di seluruh Malaysia. Itu baru Malaysia belum kira dunia lagi. Disebabkan jenama yang sangat kukuh ni, maka lebih ramai pelabur yang berani mengambil peluang perniagaan francais ini dan membuka cawangan kedai 7 Eleven walaupun diceruk hulu kampung.

  • Modal Pelaburan Permulaan: RM 250,000
  • Bayaran Francais: RM 100,000
  • Royalti: 10%

46 thoughts on “Peluang perniagaan francais yang bermodal rendah

  1. Saya mencari perniagaan francais bermodalkan rm 15k – rm20k.
    Jika ada sila hubungi saya. 01123384497. 0182742115

    1. Saya Rahimi Nazri, pengurus syarikat GARP Enterprise Dan Kafe Sate Ibrahim. Kepada mereka berminat join perniagaan Francais satay iaitu Ibrahim Satay boleh ws no saya 013-4055884

    1. assalam, sy membuka peluang untuk memiliki apps sendiri dengan modal yg berpatutan bergantung pada jenis apps atau games. boleh pm sy sekiranya bermiat. 0189049872

    2. Saya eo mempunyai tapak kiosk utk di sewakan..rm4k utk tapak 12x12kps di sacc mall shah alam. 0273311220. Sesuai utk subway.tealive,kyos kebab dll

  2. Saya sedang mencari perniagaan francais bermodal RM10 – RM30K di Johor Bahru, jika ada bleh hubungi saya @ whatsapp.. 0197986203

  3. Saya mempunyai tapak kiosk utk di sewakan di SACC MALL SHAH ALAM. Keluasan 12x12kps dgn harga 4k sebulan.free bulan pertama. Hubungi saya 0173311220

  4. Saya mencari perniagaan Modal dlm 25k – 30k dan income dalam keadaan steady boleh pm saya 0129783152 rais

  5. Saya mencari perniagaan francais yg bermodalkan rm 30,000 – rm 50,000 secara keseluruhan, jikalau ada boleh hubungi saya di 014-9915431 (whatsapp&call)

  6. Assalamualaikum.. Sy berminat utk mencari perniagaan makanan spt Popiah, Hot & roll atau waffle yang modal tidak lebih drpd 50k. Boleh email pda sy atau contact di 0123209770.. t.kasih..

  7. Sesiapa yg berminat dlm perniagaan Emas, Perak, Batu Permata sila hubungi saya.
    Mohamad 012 8225545
    Modal Dari Rm30k to Rm300k.
    25 tahun Pengalaman.

  8. Kami (Kopersi Majlis Daerah Simpang Renggam Berhad)mencari sesiapa yang berminat untuk membuka kedai 7 eleven di bandar Renggam, Johor. kedai @ kios disediakan…boleh PM saya azlan 0127811402

  9. Saya sedang mencari untuk menceburi perniagaan francais yg bermodal antara 30k ke 50k. Kalau ada yang bersesuaian sila hubungi saya melalui wasshap 0198581664

  10. Saya mencari perniagaan perkilangan atau franchise bermodalkan 50k -100k. Kalau ada ws saya 01111512470

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *