Perniagaan Yang Menguntungkan

Perniagaan Yang Menguntungkan

Ekonomi dan perbelanjaan harian yang semakin meningkat setiap hari memaksa kita cari alternatif lain untuk  tampung belanja harian dan keperluan hidup. Perniagaan merupakan antara ruang dan lubuk rezeki yang jadi pilihan utama orang sekarang untuk dapat duit lebih atau nak kaya. Namun, pada zaman sekarang ini apa perniagaan yang menguntungkan yang boleh dilakukan. Ada ke perniagaan yang tak perlu modal besar tapi beri hasil lumayan kepada kita. Dalam artikel ini saya akan kongsikan beberapa jenis perniagaan yang menguntungkan yang boleh anda ceburi.

Perniagaan yang menguntungkan

Jual air

Penduduk tempatan sangat sukakan air yang berperisa seperti air soya, air sirap dan air buah-buahan. Itu menunjukkan perniagaan menjual air boleh menjadi antara jenis perniagaan yang menguntungkan.  Anda hanya perlu keluarkan modal untuk bahan buat air, perkakasan dan alatan untuk buka gerai seperti khemah dan meja. Anda boleh memilih untuk mula dengan satu atau dua jenis dahulu. Lazimnya, harga secawan air adalah berharga dari RM1 hingga RM3 bergantung pada saiz. Kalau air buah, peniaga selalunya meletakkan harga yang lebih tinggi seperti RM4 hingga RM8 juga bergantung kepada saiz dan jenis buah-buahan tersebut.

Bagi anda yang kreatif dalam pengolahan resepi, anda juga boleh mencipta jenis minuman yang baru. Sebagai contoh minuman yang kini semakin viral iaitu teh ais cincau dan ice blended buah yang disertakan dengan hiasan menarik. Cara lain adalah, anda jual minuman yang sudah sedia ada dipasaran contohnya air mineral, air berkabornat dalam botol dan tin. Beli dengan pemborong dengan harga rendah, dan jual pada harga anda sendiri kepada pelanggan.

Jual Burger

Untuk menjual burger mestilah perlukan gerai burger dan bahan-bahan buat burger. Kos yang perlu adalah keluarkan untuk buat burger adalah roti, daging burger sos dan sayur-sayuran. Burger merupakan antara makanan kegemaran orang Malaysia kerana ia sedap dan mudah nak dapat dimana mana. Kalau anda nak tau harga sebungkus burger biasa adalah antara RM3 hingga RM5. Jadi ini menunjukkan jual burger juga boleh jana pendapatan yang tinggi walaupun dibuat secara sambilan.

Jual Pisang Goreng

Pisang goreng antara snek kegemaran orang ramai pada waktu petang lazimnya. Makanan ini dikategorikan sebagai makanan kudap-kudapan yang mudah didapati dan sesuai untuk dimakan pada waktu minum petang. Modal yang perlu anda keluarkan melibatkan alatan memasak, peralatan gerai dan penyediaan barang-barang masak. Harga terkini pisang goreng yang dijual di luar sana ialah RM2 untuk lima keping pisang goreng. Jika anda berjaya menjual lebih daripada dua talam pisang goreng, bayangkan keuntungan yang anda dapat dalam masa sehari. Perniagaan ini boleh dilakukan secara tetap ataupun sambilan ikut kesesuaian waktu anda.

Buat doorgift atau goodies bag

Perniagaan goodies bag ini semakin mendapat perhatian kerana zaman sekarang setiap kali ada majlis pasti akan disertakan dengan buah tangan untuk para tetamu yang datang. Goodies bag ataupun doorgift adalah melibatkan makanan atau benda yang bersaiz kecil yang diletakkan dalam bekas atau bag kertas sebagai tanda penghargaan tuan rumah kepada tetamu. Sebagai contoh, kek buah yang dibalut dengan plastik atau bekas yang dicetak khas. Bekas tersebut mestilah ada nama pasangan pengantin yang diraikan ataupun nama majlis yang sedang diraikan. Untuk perniagaan ini, anda perlukan dapatkan barang yang pelanggan minta dan cetakan pada bekas. Jika anda seorang yang kreatif, anda sendiri boleh menghias dan design doorgift itu sendiri.

Menjual dekat pasar malam

Pasar malam boleh menjadi lubuk rezeki untuk jana pendapatan dan jalankan perniagaan yang menguntungkan. Macam yang sedia maklum, kita boleh dapat pelabagai barang di pasar malam seperti makanan, pakaian, barang-barang dapur dan lain lain. Oleh itu, tentukan barang atau makanan yang mampu anda jual. Anda perlu dapatkan tapak jualan dan sediakan barang jualan anda. Anda juga boleh gunakan kereta anda sebagai gerai atau booth jualan. Langkah ini boleh jimatkan kos dan masa anda.

Jadi agen produk

Bagi mereka yang tiada idea untuk berniaga guna produk atau makanan sendiri, anda boleh menjadi agen atau pengedar produk yang sedia ada. Sebagai contoh, produk mesin air Cuckoo ataupun agen bekas Tupperware. Anda perlu daftarkan diri anda sebagai agen atau stokis yang sah kepada pembekal produk. Dapatkan katalog yang mengandungi butir-butir produk dan promote kepada kenalan atau pelanggan anda. Yang paling penting, anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk jenis perniagaan ini.

Ajar tusyen

Bagi anda diluar sana yang ada kemahiran dalam mengajar dengan baik, menjadi guru tusyen boleh dijadikan salah satu perniagaan yang menguntungkan. Hal ini kerana, permintaan untuk servis ini antara mendapat permintaan yang tinggi terutamanya home tutor. Banyak ibu bapa diluar sana yang tidak ada masa untuk memantau tahap pembelajaran anak-anak mereka. Ada juga antara mereka tak sempat nak hantar anak-anak pergi pusat tusyen. Oleh itu, anda perlu ambil peluang ini. Buat iklan ataupun sebarkan servis anda kepada jiran-jiran anda. Tugas ini memerlukan menyediakan nota dan skil mengajar yang baik kepada pelajar anda.

Buat kelas kecergasan/senamrobik

Kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dan keinginan memiliki bentuk badan yang cantik telah meningkat dikalangan orang ramai. Ramai yang sudah mula memulakan gaya hidup sihat dengan amalkan diet seimbang dan bersenam. Untuk sesetengah golongan seperti ibu dan suri rumah yang terikat dengan tugas rumah tangga, mungkin taka ada masa atau segan nak pergi gymnasium untuk bersenam. Kelas kecergasan seperti zumba dan senamrobik yang dibuat secara private menjadi pilihan mereka. Selalunya golongan ini akan ada kelompok rakan-rakan yang ingin terlibat dengan aktivti seperti ini. Kepada anda yang ada kemahiran senamrobik boleh guna peluang ini untuk jana pendapatan. Bayaran yang dikenakan adalah RM100 ke atas per jam.

Servis make up artis

Kepada anda yang ada kemahiran dan minat untuk bersolek, pasti mempunyai barang-barang make up anda sendiri. Daripada hanya make up untuk diri sendiri, gunakan kemahiran ini untuk buat duit tambahan. Servis ini memberi pendapatan yang agak lumayan sekitar RM500 ke atas untuk setiap satu sesi. Bagi anda yang ada ruang atau masa sesuai, anda boleh buat tutorial atau kelas kepada mereka yang berminat untuk belajar.

Secara kesimpulannya, terdapat banyak perniagaan yang menguntungkan yang boleh anda ceburi sebagai langkah pertama untuk masuk ke dunia bisnes. Jenis-jenis perniagaan ini selalunya tidak perlukan modal yang terlalu tinggi. Apa yang penting adalah usaha dan kegigihan anda menjalankan perniagaan tersebut. Saranan saya adalah, tentukan kekuatan dan kemahiran anda untuk mulakan sesuatu perniagaan. Selamat mencuba.

2 thoughts on “Perniagaan Yang Menguntungkan

  1. saya nak buat perniagaan tapi saya tak tahunak mulakan,malah saya tak mempunyai modal selepas ken buang kerja.anak2 ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *