Pinjaman Wang: Bila Masa Yang Sesuai?

pinjaman wang

Membuat pinjaman wang bukan satu perkara yang asing pada zaman sekarang. Cara ini merupakan salah satu cara biaya perbelanjaan harian atau cara mereka yang terdesak dapatkan wang. Pinjaman wang bukan hanya melibatkan pinjaman kepada bank atau agensi, ia termasuk pinjaman daripada kenalan atau ahli keluarga. Namun, tak bermakna mereka yang buat pinjaman wang hidup dalam kesusahan. Ada yang juga yang buat pinjaman disebabkan keperluan dan agenda tersendiri. Oleh itu, bila masa yang sesuai untuk membuat pinjaman wang? Adakah ketika betul-betul terdesak atau bila bila masa yang anda mahu? Nak buat pinjaman kepada bank dan agensi tertentu berbeza caranya dengan nak pinjam duit daripada kawan-kawan, kenalan dan keluarga. Banyak faktor yang perlu diambil kira dalam hal ini.

Bila Masa Sesuai Untuk Membuat Pinjaman Wang

Kecemasan

Masalah tidak ada duit mesti akan berlaku kepada anda tanpa mengira masa. Bak kata pepatah “malang tidak berbau”. Waktu yang terdesak ini menjadi salah satu masa yang sangat sesuai untuk anda membuat pinjaman wang. Kecemasan selalunya melibatkan kecelakaan atau kemalangan yang libatkan kos yang besar seperti kemalangan jalan raya. Jika ada insiden macam ini, anda terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi. Termasuk dengan kos untuk baik pulih kenderaan. Mungkin ada diantara kita tak ada insurans atau tak mampu memiliki insurans. Oleh itu, pinjaman wang sangat sesuai dilakukan pada ketika ini. Bagi yang ingin pinjam pada bank, pinjaman peribadi daripada bank atau agensi sangat sesuai untuk masa ini. Anda juga boleh pinjam daripada rakan-rakan dan ahli keluarga.

Nak beli rumah

Memandangkan harga rumah sekarang bukan harga mampu milik tapi harga mampu tengok, pinjaman wang merupakan langkah kepada mereka yang mahu memiliki rumah sendiri. Selalunya pinjaman pembiayaan rumah boleh dibuat pada bank atau agensi. Ini bukan perkara yang pelik terutamanya nak beli rumah pertama. Namun perlu diingat, nak buat pinjaman dengan jumlah yang besar memerlukan beberapa perkara yang diambil seperti simpanan peribadi, kos-kos sampingan nak beli rumah dan jumlah pinjaman yang dibuat.

Oleh itu, pihak bank ada menyediakan skim pinjaman untuk pembelian rumah atau hartanah anda. Pihak bank atau agensi berkenaan ada beberapa syarat dan kriteria tertentu sebelum menamakan anda sebagai peminjam. Nilai dulu tahap dan kelayakan anda sebelum membuat pinjaman. Dapatkan nasihat daripada pakar dan fahami dahulu syarat-syarat untuk proses pinjaman perumahan.

Nak sambung belajar

Mendapatkan pendidikan terbaik atau lanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi semestinya perlu belanja yang banyak. Selain yuran kolej dan yuran asrama, perbelanjaan seperti alat tulis, keperluan subjek pelajaran dan kos makan minum harian semasa bergelar pelajar agak merungsingkan. Jadi ini merupakan masa sesuai untuk membuat pinjaman wang bagi mereka yang nak sambung pelajar.

Pinjaman pembelajaran adalah perkara yang biasa dilakukan bagi mereka yang kurang berkemampuan. Pinjaman seperti ini melibatkan pinjaman peribadi atau pinjaman koperasi seperti agensi yang sediakan pinjaman kepada pelajar. Cara ini dapat bantu anda menanggung kos pelajaran dan perbelanjaan harian. Anda perlu membayar balik selepas tamat pengajian mengikut kadar dan kemampuan dalam waktu ditetapkan. Ada juga pinjaman yang boleh ditukar kepada biasiswa jika anda cemerlang. Oleh itu, pililah pinjaman yang sesuai dengan anda.

Nak beli kereta

Pada masa dahulu, orang yang memiliki kereta dikira sebagai orang yang kaya atau berkemampuan. Berbeza pada masa kini, kereta adalah salah satu keperluan dalam kehidupan harian untuk pergi ke pejabat dan bergerak ke mana mana. Oleh itu, tidak peliklah jika golongan muda sekarang perlu ada kereta sendiri. Kepada anda yang mahu beli kereta, pinjaman wang sangat sesuai dilakukan ketika ini. Seperti pinjaman rumah, pinjaman belian kereta juga adalah pinjaman dengan jumlah yang besar yang dibuat daripada bank. Oleh itu, sangat penting untuk anda buat pinjaman mengikut keperluan dan kemampuan untuk bayar balik nanti.

Modal perniagaan

Bagi anda yang nak kembangkan perniagaan pasti perlukan modal perniagaan yang lebih banyak. Oleh itu, waktu ini sangat sesuai untuk anda buat pinjaman wang. Sebelum nak buat pinjaman wang bagi tujuan perniagaan, anda perlu sediakan kerta kerja atau pelan perniagaan yang lengkap dan mantap. Ini untuk memberi keyakinan kepada pihak bank tentang masa hadapan perniagaan anda dan pastikan anda mampu bayar balik pinjaman tersebut nanti. Bayaran balik pinjaman boleh dibuat dengan untung daripada perniagaan anda nanti.

Perkara yang perlu diambil kira sebelum buat pinjaman wang

Jumlah pinjaman

Anda perlu tahu jumlah keperluan pinjaman sebelum buat sebarang pinjaman. Tidak kiralah dibuat dengan bank atau daripada kenalan. Hal ini untuk elak diri daripada ditipu nanti. Pastinya untuk menentukan kemampuan anda untuk membuat bayaran bulanan.

Bayaran perlu dibayar setiap bulan

Jika pinjaman wang dibuat daripada bank, sangat penting untuk anda ketahui jumlah bayaran balik beserta dengan faedah. Faedah akan dikenakan ke atas jumlah pinjaman penuh sepanjang tempoh, dan anda akan membayar jumlah tetap setiap bulan. Kira faedah anda di sini.

Kepada siapa anda meminjam

Anda juga perlu tentukan kepada siapa yang anda ingin meminjam. Setiap pinjaman yang dibuat hendaklah ada hitam putihnya dan perjanjian tertentu yang perlu dibuat. Walaupun kita nak pinjam dengan ahli keluarga, lebih baik ada dokumen yang bertulis. Hal ini kerana untuk elakkan masalah dikemudian hari seperti penipuan dan lain-lain. Zaman sekarang ni, sebab duit pun orang boleh saling berbunuh.

Jika pinjaman dibuat daripada bank atau agensi, sudah pasti ada dokumen perjanjian mereka sendiri. Oleh itu, sangat penting bagi anda untuk teliti segala perkara dan butir dalam perjanjian tersebut. Dapatkan nasihat yang pakar bagi faham isi kandungan perjanjian.

Tempoh pinjaman

Anda perlu tentukan dan tahu berapa yang perlu anda bayar berdasarkan tempoh pinjaman. Setiap pinjaman ada tempohnya yang berbeza-beza. Hal ini dapat membantu anda merancang perbelanjaan bulanan anda. Jika anda memilih tempoh bayaran balik yang lebih pendek, jumlah bayaran bulanan menjadi lebih tinggi. Namun untuk tempoh pinjaman yang lebih lama, jumlah ansuran bulanan akan lebih rendah tetapi jumlah bayaran keseluruhan lebih tinggi.

Kesimpulannya

Secara kesimpulannya, ada beberapa situasi dan sebab yang memerlukan kita untuk buat pinjaman wang. Masa dan waktu yang sesuai sangat penting sebelum membuat sebarang pinjaman. Bukan itu saja, kita mesti pertimbangkan dan ambil kira beberapa perkara sebelum buat pinjaman wang. Langkah ini sangat penting bagi mudahkan kita untuk buat pembayaran semula kepada bank atau pemberi pinjaman. Buatlah pinjaman wang dengan orang yang betul atau agensi yang berdaftar. Cara yang betul akan mudahkan urusan bayaran balik anda nanti.

3 thoughts on “Pinjaman Wang: Bila Masa Yang Sesuai?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *