Tajuk Buku: Rich Dad Poor Dad
Penulis: Robert Kiyosaki
Terdapat beribu-ribu buku tentang kewangan peribadi. Salah satu buku kewangan peribadi yang terkenal ialah Rich Dad, Poor Dad (Bapa Kaya, Bapa Miskin). Ia mengisahkan tentang perbandingan dua bapa dalam segi tabiat, fikiran dan falsafah kewangan mereka. Bapa miskin ialah seorang bapa yang bekerja bertungkus-lumus untuk kerajaan, untuk menampung kos-kos kehidupan yang meningkat dan pembayaran bil-bil. Bapa miskin sangat selesa dengan kerjanya dan tidak berani mengambil risiko dalam kehidupannya. Malahan, bapa kaya ialah seorang bapa yang berani mengambil risiko dan pandai mencari peluang untuk meningkatkan pendapatannya dari berbagai-bagai cara.
Buku ini dibahagikan kepada enam pelajaran yang akan saya akan member ringkasan di dalam review ini.
Pelajaran 1: Yang Kaya Tidak Bekerja Untuk Duit
Bapa Kaya memegang kepada prinsip ini. Apabila duit dibincangkan, ramai yang merasa takut dan risau. Takut kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan kehidupan, bil-bil, duit rumah dan lain-lain. ‘Besar periuk besar keraknya’, inilah yang kita dapat saksikan dalam masyarakat kita ini. Lebih banyak wang, lebih banyak perbelanjaan mereka. Contohnya, jikalau gaji dinaikkan, seseorang akan menukar kereta kepada yang lebih canggih dan mahal.
Pelajaran 2: Pentingnya Ilmu Kewangan
Bapa Kaya percaya yang memegang duit tanpa ilmu kewangan akan mendapat keputusan akhir yang sama, iaitu hilangnya duit itu. Inilah yang membuat Bapa Kaya sangat pentingkan Ilmu Kewangan.
Sekolah-sekolah hanya memberi pelajaran yang baik untuk murid-muridnya supaya bekerja untuk wang. Jika and telah pelajari Ilmu Kewangan, anda dapat tahu perkara yang dilakukan apabila menerima duit, bagaimana untuk mencegah kehilangannya dan bagaimana keras wang boleh bekerja untuk anda.
Pelajaran 3: Pentingkan Bisnes Anda
Pekerjaan dan bisness anda harus dibezakan. Kiyosaki mengatakan dalam buku ini bahawa kesusahan dalam kewangan adalah punca orang yang bekerja untuk orang lain seumur hidup; di hari persaraan, pekerja itu tidak mempunya banyak aset pun. Gunakan aset untuk memperolehi lagi banyak aset yang bernilai, seperti saham, hartanah, royalti dan lain-lain.
Pelajaran 4: Pengajaran Ilmu Cukai
Golongan miskin dan sederhana yang mengundi sistem cukai, adalah sangat rugi. Mereka boleh dikatakan golongan yang kurang bernasib baik. Mereka beranggapan bahawa cukai menghukum orang kaya. Orang kaya sebenarnya sangat bijak. Dengan mempunyai bisnes sendiri, mereka boleh mengurangkan cukai yang dikenakan dengan membeli aset untuk jadikan alat perniagaan.
Pelajaran 5: Yang Kaya Mencipta Duit
Sifat keraguan diri adalah masalah yang ramai hadapi. Terlalu selesa dengan pekerjaan, golongan miskin dan sederhana tidak berani mengambil risiko. Kiyosaki menekankan bahawa orang kaya tidak berfikir bahawa dia boleh membuat lebih banyak wang dengan bekerja dengan lebih gigih; dia membelanjakan masa dan wang dengan membaca buku perniagaan, mengambil kursus uruskan masa dan wang, untuk perolehi ilmu kewangan yang boleh membantu untuk membuat lebih banyak wang.
Pelajaran 6: Bekerja Untuk Perolehi Ilmu, Bukan Hanya Untuk Duit
Langkah pertama, timbangkanlah tawaran pekerjaan. Ada baiknya jikalau anda mendapat peluang pekerjaan yang anda boleh menerima banyak ilmu, walaupun gajinya rendah. Dengan ilmu ini, anda boleh memulakan perniagaan sendiri. Kemahiran yang penting ialah jualan dan cara berkomunikasi. Dengan dua kemahiran ini, anda boleh memulakan bisnes yang maju. Orang kaya menganggap wang dengan berbeza. Bukan sahaja membuat wang, anda juga harus pelajari cara menguruskan wang. Keputusan kewangan yang anda hadapi setiap hari akan mempunyai kesan yang besar dalam masa depan anda, jadi anda harus tahu bagaimana untuk meningkatkan ilmu kewangan anda.