Senarai Kerja Online Yang Sah (Kerja Atas Talian)

kerja online yang sah

Adakah itu Kerja Online yang Sah?

Pada zaman sekarang, terdapat banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan terutamanya pekerjaan atas talian atau online yang membolehkan anda untuk menjana pendapatan dari rumah. Namun, bukan semua pekerjaan yang ditawarkan adalah kerja online yang sah. Ada yang tidak menepati perjanjian bayaran yang diminta. Malah ada yang langsung tidak membayar setelah kita menyiapkan tugasan tersebut.

Selain itu, ada juga laman web yang menjanjikan pembayaran ribuan ringgit Malaysia tetapi perlu melanggan untuk mendapatkan ganjaran tersebut dengan alasan untuk menapis permintaan yang semakin meningkat dan untuk memberikan pekerjaan tersebut bagi yang betul-betul berminat. Ianya merupakan salah satu taktik penipuan yang banyak digunakan untuk mengaut keuntungan atas angin dan memberikan harapan palsu kepada kita yang benar-benar mencari pekerjaan. Oleh itu, di sini kami senaraikan beberapa kerja sah yang boleh didapati atas talian. 

Menjawab Kaji Selidik 

Di Malaysia, Mobrog atau Valuedopinions merupakan salah satu laman web yang benar-benar berguna untuk anda menjana pendapatan melalui menjawab kaji selidik. Melalui laman web ini, anda dibayar untuk memberikan pendapat anda. Kelemahan laman web ini adalah anda perlu menunggu permintaan untuk menjawab kaji selidik tersebut dan selalunya ia tersedia 2 atau 3 kali seminggu untuk menjawabnya. Bayarannnya agak sedikit tetapi sesuai dengan kerjanya yang mudah. Jumlah pendapatan yang anda boleh jana adalah antara RM100 ke RM200 sebulan bergantung kepada berapa banyak soalan kaji selidik yang anda jawabkan. Boleh tahan jugak ye jika kita mendapat peluang kerja online yang sah.

Penulisan Bebas

Sekiranya anda kreatif dalam bidang penulisan dan mampu mengeluarkan artikel-artikel menarik yang dapat menarik perhatian pembaca, maka mohonlah sebagai seorang penulis bebas bagi laman web tertentu. Laman web seperti The Content Authority dan Textbroker mengkhususkan perkhidmatannya dalam bidang penulisan dan membayar kepada anda setiap minggu. Antara syarat-syarat umum untuk memohon sebagai penulis di laman web mereka adalah fasih dalam Bahasa Inggeris dan mampu menghasilkan artikel tanpa menciplak kandungan laman web lain. Antara laman web lain yang menawarkan pembayaran untuk penulisan anda adalah Fiverr. Ini adalah laman web yang menawarkan kerja online yang sah!

Laman web ini memberikan anda pilihan untuk mencipta satu halaman yang menawarkan perkhidmatan anda termasuklah dalam bidang penulisan. Bagi pemohon baru, ianya agak sukar untuk menjana pendapatan yang tinggi kerana anda perlu bersaing dengan pemohon-pemohon baru yang lain. Tetapi setelah anda menerima pesanan yang banyak dan berjaya menyiapkannya dalam tempoh masa yang diberikan, ia akan menjadi lebih mudah untuk menjana pendapatan kerana kepercayaan yang diberikan oleh para pembeli kepada anda. Jumlah pendapatan yang anda boleh jana adalah antara RM1000 ke RM2000 sebulan bergantung kepada berapa banyak artikel dan topik yang anda mampu tulis dan jumlah pesanan yang diterima oleh pelanggan.

Transkripsi Audio

Bidang transkripsi audio adalah sesuai bagi individu yang mahir dan mampu menaip dengan pantas bagi menukarkan audio ke teks. Sekiranya anda cekap, anda boleh siapkannya dalam hanya beberapa jam. Quicktate dan Fiverr merupakan salah satu laman web yang menawarkan anda perkhidmatan transkripsi audio oleh pelbagai pelanggan yang merangkumi pelbagai jenis bahasa. Transkripsi audio ini juga termasuk keupayaan untuk menukarkan audio ke teks dan menyediakan sarikata untuk pelbagai video. Kemahiran yang anda perlu ada ialah kemahiran mendengar yang baik dan mampu untuk menaip dengan pantas. Sekiranya anda mempunyai kedua-dua kemahiran ini, jadi ianya bidang yang amat sesuai untuk anda. Jumlah pendapatan yang anda boleh jana adalah antara RM1000 ke RM2000 sebulan bergantung kepada kepantasan anda menaip dengan tepat dalam tempoh masa yang diberikan.

Penterjemahan Bahasa

Perkhidmatan penterjemahan bahasa merupakan salah satu bidang pekerjaan yang menguntungkan sekiranya anda mahir dalam 2 bahasa atau lebih. Laman web seperti Gengo, Translate.com, Airbnb dan Fiverr membolehkan anda untuk memohon sebagai seorang penterjemah bahasa. Anda mempunyai kebebasan untuk bekerja pada bila-bila masa dan kerja-kerja penterjemahan ini termasuklah menterjemahkan petikan blog, halaman media sosial, buku dan lain-lain. Sama seperti kerja ‘online’ yang lain, anda hanya perlu kekalkan penilaian lima bintang seperti penghantaran dalam tempoh masa yang diberikan dan menterjemahkan dokumen tanpa menggunakan perisian luaran seperti Google Translate. Jumlah pendapatan yang anda boleh jana adalah antara RM1000 ke RM2000 sebulan bergantung kepada berapa banyak dokumen yang anda boleh terjemah dengan tepat tanpa menggunakan apa-apa perisian luaran.

Pereka Grafik dan Logo

Di laman web Fiverr dan Freelancer, bidang ini mempunyai permintaan yang sangat tinggi seiring dengan pengeluaran pelbagai produk dan perkembangan teknologi moden yang membolehkan penciptaan banyak laman web dan aplikasi telefon bimbit. Bagi pereka grafik dan logo profesional, kerja mampu disiapkan dalam hanya 30 minit dan ianya memberikan peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan yang sangat tinggi. Kreativiti anda memainkan peranan penting dalam menentukan jumlah pendapatan yang anda boleh jana di laman web ini. Jumlah pendapatan yang anda boleh jana adalah antara RM3000 ke RM4000 sebulan bergantung kepada berapa banyak logo dan grafik yang anda boleh siapkan yang dapat menepati citarasa dan permintaan pelanggan.

Mencipta Aplikasi Telefon Bimbit 

Pembinaan sesebuah aplikasi telefon bimbit amatlah menguntungkan sekiranya anda tahu platform mana yang patut anda pilih dan jenis aplikasi yang anda hendak bina. Anda perlu tahu bahawa aplikasi yang anda cipta bukan sahaja untuk penggunaan telefon bimbit malah dapat digunakan untuk paparan di kaca tv. Keuntungan yang akan anda jana terletak di atas pilihan anda dalam memilih kaedah pendapatan dalam aplikasi anda sama ada melalui pembelian aplikasi, pembelian dalam aplikasi, paparan iklan atau pendapatan berbentuk langganan. Anda juga boleh mengambil upah untuk mencipta aplikasi telefon bimbit yang diminta oleh pelanggan di Fiverr dan Freelancer. Jumlah pendapatan yang anda boleh jana adalah sebanyak RM5000 ke RM8000 sebulan bergantung kepada jenis aplikasi yang anda hendak bina dan anda mungkin dapat menjana lebih daripada anggaran tersebut sekiranya anda mencipta satu aplikasi yang sangat menarik.

Kesimpulan: Kerja Online Yang Sah

Oleh itu, selari dengan kemajuan teknologi, ia juga tidak mustahil bagi anda untuk menjana pendapatan menerusi kerja online yang sah sambil berada di rumah. Senarai kerja online yang sah ini boleh memanfaatkan pelajar juga. Anda hanya perlu memilih dan memohon pekerjaan mengikut bidang dan kemahiran yang bersesuaian dengan anda supaya kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah. 

One thought on “Senarai Kerja Online Yang Sah (Kerja Atas Talian)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *