Soalan dan Jawapan Temuduga Yang Patut Anda Tahu

soalan dan jawapan temuduga

Temuduga? Nak kena study apa? Apa soalan-soalan yang sering ditanya? Saya pasti ramai anda di luar sana agak cemas bila dengar perkataan temuduga. Untuk dapatkan kerjaya idaman anda dan bekerja dengan syarikat pilihan, sesi temuduga merupakan perkara wajib yang anda akan lalui. Di luar sana ramai orang yang cemerlang dalam akademik, namun tak semua boleh berkomunikasi dengan betul apabila di temuduga. Jangan jadikan sesi temuduga ini sebagai halangan untuk capai cita-cita anda. Lain lah jikalau cita-cita anda itu adalah membuka sebuah perniagaan online yang laris. Oleh itu, saya akan kongsikan soalan dan jawapan temuduga yang boleh bantu anda buat persiapan nanti.

Soalan dan Jawapan Temuduga

Ceritakan tentang diri anda

Selalunya penemuduga akan mulakan soalan yang mudah pada permulaan awal. Lazimnya pada tahap ini, penemuduga mahu tengok ketenangan anda dalam jawab soalan atau mungkin sebagai cara mereka nak tenangkan anda. Walaupun mereka dah baca resume anda, soalan ini merupakan soalan wajib yang akan ditanya. Namun, jaga-jaga walaupun jawapan untuk soalan ini anda dah tau, anda mesti sediakan jawapan yang tidak terlalu panjang dan tak terlalu pendek. Masukkan beberapa perkara penting ini iaitu:

  • Nama
  • Tempat lahir/Asal/Tinggal dimana
  • Pendidikan (2 atau 3 tempat belajar anda mengikut turutan) – Sekolah menengah (SPM) > Kolej (Marikulasi) > Universiti (Diploma, Degree, Master, PhD)
  • Hobi/Apa yang anda suka buat waktu lapang/Kemahiran

Untuk bahagian ini, anda perlukan ceritakan sesuatu yang boleh kaitkan dengan jawatan anda pilih jika boleh. Jadikan hobi atau kemahiran anda untuk hasilkan sesuatu kualiti pada diri anda.

Contoh jawapan:

Saya suka melukis dan hasilkan satu barang/arca seni. Hal ini kerana, aktiviti ini memerlukan saya untuk teliti dalam proses penghasilan. Ia jadikan saya seorang teliti dalam setiap tugasan atau kerja yang saya lakukan.

Pengalaman pengajian anda

Kadang-kadang jawatan yang kita minta mungkin lari sikit apa yang kita belajar. Atau penemuduga nak tahu kalau anda betul-betul memahami course yang anda ambil semasa diploma atau degree. Jadi soalan ini akan ditanya kepada anda dengan pelbagai cara. Jawapan yang anda berikan hendaklah perkara atau kemahiran yang anda lalui sepanjang pengajian. Ceritkan serba sedikit course yang anda ambil dan fokus utama course anda. Jika ada pengalaman yang sesuai, masukkan dalam jawapan anda.

Contoh jawapan:

Saya merupakan graduan sain laut. Sepanjang kursus ini saya mempelajari tentang proses alam sekitar dan hidupan laut. Saya mempunyai pengalaman bekerja di lapangan dan makmal.

Pengalaman kerja anda

Kepada yang baru tamat belajar, pasti pengalaman kerja tak banyak atau anda hanya ada pengalaman sewaktu latihan industri. Gunakan pengalaman tersebut sebagai jawapan anda. Harus diingat, anda perlu ceritakan apa yang anda tulis dalam resume anda. Berikan jawapan yang lebih detail kepada penemuduga. Setiap butir yang anda berikan hendaklah selari dengan resume dan mengikut turutan. Hal ini memberi keyakinan kepada penemuduga untuk faham dan percaya dengan cerita anda.

Kepada anda yang sudah ada pengalaman kerja, gunakan kelebihan tersebut. Tapi jangan sesekali memburukkan jawatan dan syarikat yang pernah sandang dulu.

Aktiviti luar/kokurikulum anda/kerja sukarelawan

Tujuan soalan ini ditanya adalah untuk melihat beberapa perkara seperti apa aktiviti luar anda, kenapa anda lakukan aktiviti tersebut dan adakah aktiviti-aktiviti ini mempengaruhi anda.

  • Apakah aktiviti luar?
    • Bersukan/Volunteer Work
  • Mengapa?
    • Kerana minat, saya boleh berjumpa dengan ramai orang, aktiviti yang sihat dan boleh membantu mereka yang dalam kesusahan.
  • Bagaimana aktiviti ini mempengaruhi anda?Kelebihan aktiviti ini?
    • Mengasah bakat saya, dapat mengasah kemahiran komunikasi dan membangunkan sahsiah yang baik dalam diri saya.

Soalan dan jawapan temuduga ini boleh divariasikan mengikut kesesuaian dan keadaan. Banyak cara untuk penemuduga bertanya kepada anda. Yang paling penting anda mesti tahu untuk menekankan perkara penting dalam setiap jawapan.

Kenapa ingin mohon jawatan ini?

Kenal pasti tugas jawatan yang dipohon merupakan kunci utama jawapan soalan ini. Terangkan perkara yang anda tahu mengenai jawatan ini. Berikan sebab atau pengalaman yang pernah lalui untuk jadikan faktor anda berminat dengan jawatan tersebut.

Contoh jawapan:

Saya memohon sebagai guru kerana minat saya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar. Saya juga sangat bagus menvariasikan teknik pengajaran saya juga menjadi kelebihan saya. Saya juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai guru tadika selepas sekolah secara sementara. Pengalaman dan kelulusan saya dalam akademik menjadikan saya sesuai untuk bekerja dalam bidang ini.

Jawapan yang diberi hendaklah jujur dan tidak keterlaluan atau bersifat sombong. Anda perlu yakin dengan jawapan anda dan dalam masa sama haruslah meyakinkan.

Apa yang anda tahu tentang syarikat ini?

Untuk memasuki sesi temuduga, anda perlu membuat ulang kaji tentang syarikat yang anda mohon. Hal ini kerana, majikan anda lebih cenderung bertanya soalan ini untuk lihat jika anda buat sedikit research tentang syarikat ini. Mereka juga ingin lihat kesungguhan anda untuk berkhidmat dalam organisasi tersebut. Oleh itu, jadikan jawapan anda itu betul, jelas dan jujur. Kalau boleh berikan nama orang-orang penting dalam syarikat tersebut. Sebutkan latar belakang syarikat, kejayaan syarikat atau ongoing project yang diusahakan syarikat itu.

Dimana anda lihat diri anda beberapa tahun atau 10 tahun akan datang?

Soalan ini ditanya untuk lihat target atau hala tuju hidup anda. Ada diantara kita yang jenis tak begitu merancang masa depan atau seorang yang just go with the flow. Namun, jangan nampakan begitu kepada penemuduga. Oleh itu, jawapan selamat yang boleh saya cadangkan adalah seperti berikut.

Contoh jawapan:

Sepuluh tahun akan datang saya akan menjadi seorang yang lebih baik daripada sekarang. Saya sudah mempunyai kerjaya yang stabil. Saya juga akan sentiasa menambah baik kemahiran dan kualiti kerja saya.

Isu semasa/Pengetahuan am

Soalan mengenai isu semasa pula bertujuan menguji tahap pengetahuan dan keprihatinan anda tentang dunia sekeliling. Penemuduga cenderung nak bertanya tentang pengetahuan anda yang berkait dengan perkara yang anda belajar ataupun soalan berbentuk akademik. Oleh itu sangatlah penting untuk anda membuat persiapan diri dengan tambah pengetahuan diri dengan membaca dan ulang kaji.

Kesimpulannya

Akhir kata, soalan dan jawapan temuduga akan datang dalam bentuk yang pelbagai. Sangat penting bagi anda untuk kenali kata kunci setiap soalan. Persiapkan diri anda dengan tatatertib ketika temuduga dan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang mungkin ditanya. Jangan cemas dan sentiasa yakin dengan jawapan anda kerana setiap jawapan dan pandangan anda akan diambil kira. Soalan dan jawapan temuduga yang saya berikan merupakan sebahagian daripadanya. Pastikan penemuduga jelas dengan setiap butir-butir yang anda beri. Selamat berjaya!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *