Wow! Tips-tips Marketing Melalui Instagram

Instagram Marketing Tips

Instagram Marketing Tips

Ramai yang mahir dalam menggunakan Instagram. Instagram bukan sahaja platform untuk mengongsi gambar dan berinteraksi dengan kawan-kawan, malahan Instagram pun boleh menjadi Business Tool yang percuma.

Dalam post ini, kami akan berikan anda tips-tips untuk berjaya dalam menggunakan Instagram sebagai FREE Business Tool.

Tip #1: Mulakan campaign di Instagram

Tips pertama yang ingin kami kongsi bersama ialah memulakan campaign. Anda boleh mulakannya dengan membuat post seperti ini – ‘Share post ini dan nyatakan mengapa anda ingin memenangi seutas jam tangan dari kami!’

Dengan menggunakan ‘user-generated‘ content, Instagram account anda akan mempunyai lebih kredibiliti. Campaign atau peraduan ini dapat menarik perhatian orang seperti kawan-kawan kepada orang yg menyertai peraduan ini.

Tips #2: Gunakan #hashtag

#hashtag memang selalu disertakan dalam post Instagram. Gunakan hashtag dengan bijak dan menarik. Ikuti trend masa kini untuk mencari hashtag hot dan pilih yang sesuai dengan gambar IG anda.

Tetapi satu peringatan, jangan sampai menjadi-jadi dan letak 10 atau lebih hashtag dalam satu pos gambar!

Tips #3: Berinteraksi dengan peminat-peminat

Tips ketiga yang ingin kami kongsi ialah sering berinteraksi dengan peminat-peminat di Instagram untuk membuat mereka rasa dihargai.

Jikalau ada orang yg comment pada gambar kita, cuba balas dengan cepat. Anda juga boleh pergi ke page followers anda dan LIKE gambar-gambar mereka.

Kepada pelanggan-pelanggan yang upload gambar produk anda, ini adalah peluang yang sangat baik untuk mempromosikan produk anda- gunakan ‘REPOST’.

Ada tips lain?

Ada lagi tips-tips yang anda ingin kongsi dengan kami? Sila tinggalkan comment. Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *