Checklist Kesediaan Dokumen Pembiayaan PKS
Sediakan bukti bisnes dahulu, kemudian pilih laluan pembiayaan yang lebih sesuai. Checklist ini tidak meminta anda upload dokumen atau tinggalkan maklumat peribadi.
Simpan halaman ini dahulu
Daripada “saya perlukan pembiayaan” kepada “dokumen saya sedia disemak”.
Gunakan senarai ini untuk susun bukti asas sebelum memohon loan/pembiayaan, geran/support atau equity/investor. Kriteria sebenar tetap bergantung kepada penyedia rasmi.
Semakan 10 minit sebelum mohon
1. Dokumen asas perniagaan
Mula dengan bukti bahawa perniagaan wujud dan maklumat pemilik/syarikat konsisten.
- SSM / dokumen pendaftaran terkini
- Kad pengenalan pemilik / pengarah yang berkaitan
- Alamat operasi, lesen PBT atau permit jika relevan
- Profil bisnes satu muka surat: produk, pelanggan, lokasi, tempoh operasi
2. Penyata bank / rekod jualan
Pemberi pembiayaan mahu nampak aliran duit sebenar, bukan hanya cerita jualan.
- Penyata bank 3–6 bulan, idealnya akaun khusus bisnes
- Rekod jualan harian/mingguan/bulanan
- Rekod marketplace/POS/payment gateway jika jual online
- Nota ringkas jika duit peribadi dan bisnes masih bercampur — kemudian mula asingkan
3. Quotation / invoice / bajet penggunaan
Jelaskan tujuan pembiayaan supaya jumlah dimohon nampak munasabah.
- Quotation mesin, stok, sistem, renovation atau vendor
- Invoice/PO jika pembiayaan berkait projek atau trade
- Bajet penggunaan dana: modal kerja, capex, marketing, hiring atau teknologi
- Anggaran impak: jualan tambahan, kos dijimatkan atau produktiviti meningkat
4. Management account / cash-flow
Untuk SME yang lebih matang, sediakan gambaran kewangan yang boleh dibaca dengan cepat.
- P&L ringkas bulanan atau management account terkini
- Aged receivables/payables jika ada pelanggan kredit
- Cash-flow forecast 6–12 bulan
- Senarai komitmen pembiayaan sedia ada dan jadual bayaran balik
5. Cukai / EPF / SOCSO jika relevan
Tidak semua laluan memerlukan dokumen yang sama, tetapi compliance membantu kredibiliti.
- Borang cukai / CP204 / bukti pembayaran cukai jika berkaitan
- EPF, SOCSO dan EIS untuk pekerja jika syarikat menggaji staf
- Penyata audit atau akaun tahunan untuk Sdn Bhd / SME matang
- Dokumen pematuhan sektor seperti halal, MESTI, eksport atau ESG jika digunakan sebagai tujuan pembiayaan
6. Kesediaan geran / support
Geran biasanya sensitif kepada window, milestone, co-payment dan cara tuntutan.
- Guideline rasmi program dan tarikh tutup permohonan
- Skop projek, milestone, vendor dan deliverable
- Bukti kemampuan co-payment atau pembayaran awal jika reimbursement
- Dokumen tuntutan: invoice, resit, bukti bayaran, laporan kemajuan dan gambar/hasil projek
7. Kesediaan equity / investor
Investor menilai potensi pertumbuhan, risiko dan governance — bukan hanya produk yang menarik.
- Pitch deck ringkas: masalah, solusi, pasaran, traction, model bisnes dan penggunaan modal
- Cap table, struktur syarikat dan rekod pemegang saham
- Financial model, unit economics dan pipeline jualan
- Due diligence folder: kontrak utama, IP, akaun, cukai, litigation/risiko dan dokumen pengarah
Versi lead magnet kemudian
Mahukan senarai semak dokumen pembiayaan?
Simpan halaman ini dahulu. Versi PDF/email akan datang selepas aliran consent PDPA dan contact capture disiapkan dengan betul.